Salah Erti

Aku rasa macam nak tetapkan hala tuju baru utk blog nie. Kalau boleh taknak dah cerita banyak sangat pasal personal life aku. Aku tau susah sebab aku sangat suka menulis tanpa sekatan. Apa yg aku rasa I'm okay to share, usually I will write ajelah.

Maybe blog nie takkan best utk dibaca tak lama lagi. Semuanya yang ringkas & biasa aje. We'll see lah how it goes. Berjaya atau tidak.

Hidup aku nie takde banyak yg menariknya. Kalau tak cerita hal personal, susah nak update blog hari-hari kot. Takde cerita yg nak dikongsi. So how?

Tadi aku tertarik dengan statement drp Dr. Zubaidi tentang wanita. Usually apa yang di cakapkan atau ditulis oleh wanita ni lain drp apa yang orang lain ertikan. Brilliant betol lah Dr. Zubaidi neh. Aku pon masih tercari-cari ungkapan yang tepat menggambarkan tentang perkara ni tapi hampeh. Akhirnya wujud seorang lelaki yg looks like he really how woman think & feel. Tabik betol aku dengan Dr. neh. 

Meh aku bagi contoh perbualan suami & isteri.

Isteri : Abang nie macam dah kurang sayang kat orang ajelah sobsobbss

Suami: Sayang ni asyik cakap Abang tak sayang. Kang Abang tak sayang betol-betol kang baru tawu!

Sebenarnya isteri cuma nak suami luahkan rasa cinta dia aje. Cakap I Love U pon dah cukup. Saje nak cipta suasana romantik macam baru-baru kawen dulu. Mengimbau saat-saat indah yg semakin dilupakan.

Perempuan memang sukar difahami lelaki kot. Vice versa ^^





Popular Posts