Simpati & Pantang

Hari ni pemandangan pergi ke opis dipenuhi dengan situasi banjir disana sini. Ada rumah yang ditenggelami air & ada juga kebun yang bertakung. Sana sini boleh nampak air warna coklat susu dimana-mana. Air sungai kat Dengkil pon nampak melimpah keluar. Rasanya ni semua akibat musim monsun yang sudah tiba di akhir tahun. Hujan lebat pagi & petang menyebabkan paras air sungai & tasik meningkat dengan mendadak. Bila tak dapat tampung, habis melimpah ke tanah rendah yang berdekatan.

Simpati pada tuan rumah yg dinaiki air & pemilik kebun. Bukan sikit kerugian yang terpaksa ditanggung.

Minggu ni rasa malas betol nak kerja. Maklumlah hujung minggu ni percutian keluarga yang terakhir akan terlaksana. Moga Allah selamat & permudahkan perjalanan kami semasa percutian tu nanti. Dalam pada tak sabar, bermacam perkara negatif jugak bermain dibenak aku. Lepas berdoa, kita tawakkal sajalah pd Allah. Takde ape pon yg boleh kita buat selain drp tu.

At the moment aku adalah jutawan. Semalam kami ke Kajang tukar RM to Rupiah. Sekarang dalam purse aku ada 3 juta 715 ribu rupiah. Akhirnya impian nak jadi jutawan terlaksana dlm usia 30-an. Tak sangka betul. Hahaha. Aku harap cukup lah duit yg ada tu utk cover belanja pengangkutan, makanan & some shopping. Tak risau sangat kot pasal Kak Ya & Abg Eddy kan ada. Deme pastinya lebih jutawan drp aku. Agak-agak tak cukup, buat loan dengan bank bergerak tuh ^^

Malam tadi aku tido lambat around 12.30am. Sebabnya aku risau dengan Naurah. Tidurnya agak terganggu kebelakangan ni. Selalu terkejut 2-3 kali & menangis. Aku rasa dia mimpi menakutkan kot. Mesti dia menangis & cari aku mintak pelok. Kesiannya. End up bila tidur terganggu, dia jadi cranky. Aku ni dah la pantang budak menangis tak tentu hala neh. Cepat aje kemarahan naik ke paras hidong. 

Itulah satu-satunya kepantangan aku bab bersabar dgn anak neh. Bila dia menangis pastu taknak cakap apa yg dia sedihkan, mmg bikin rambut aku menggerbang mcm singa lapor. Memang susah nak sabor kalau jadi lagu ni. Malam tadi aku bermuhasabah diri after solat Isya' & aku rasa aku kena ubah banyak sikap aku skrg nie. Tiba-tiba aku rasa tak suka dengan diri aku skrg. Banyak sangat silap sana sini. Aku jadi sedih dengan diri aku end up nak tido pon payah.

Seb baek dlm pada tak boleh nak tido sambil pantau tido Naurah, aku berjaya settlekan baju bajan segunung atas katil Naurah. Yer. Skrg katil budak tu jadi tempat letak baju segunung. Saborkan ajelah -.-"

After this aku akan update #projekmengecat2012. Stay tuned......









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat