Suami Isteri 1 Organisasi

Tetibe tak sabar pulak nak pegi detim dengan habi malam nie. Tadi habi interkom like usual lah. Sembang kosong melepaskan rindu tak berjumpe seharian walaupon opis sekangkang monyet aje. Hehehe. Pastu aku sajelah usik habi cakap malam ni tgk movie romantic duduk kat couple seat kenalah lentok kepala kat bahu dia ye dop? Bwahahaha....geli gaknye telinga habi dengar aku cakap macam tu. Sebenarnya aku nak berkata begitu pon agak menggelikan hati pada mulanya. Tapi dengan habi aku memang suke je mengusik. 

I really love to hear & see him laugh. Dah macam addiction jadinya. Kalau dia nampak serius aje, mula lah aku rasa susah hati. Tak best owh kalau tak bergurau senda suami isteri. Diam aje pastu rasa awkward. Mulelah bunyi riang-riang terngiang kat telinga aku. Kreek kreek. Tak syoknya. Itulah suasana kalau salah sorang drp kami merajok atas sebab-sebab yang tertentu. Biasalah suami isteri kadang ada jugak pasang surutnya. Bila ada benda yang tak sependapat, mulalah nak tarik muka. Comel. Hikhik.

Perasaan cinta & sayang nie tak semestinya mesti dipaterikan dengan sentuhan kan? Kadang dari cara kita berpandangan atr satu sama lain pon dah boleh nampak. Cara kita senyum & ketawa juga berbeza. Dari mata pon boleh nampak sinar cinta tu taw. Hebak. Hehehe.

Okay. Terus teringat drama Faith si Choi Young & Eun Soo.

Salah satu sebab drama ni antara yang terbaik ialah kisah cinta diorang yang tak banyak kissing scene. Cuma ada 1 aje kissing scene yang boleh kata relevan la dengan cerita. Other than that semuanya terpancar drp cara diorang looking at each other, smiling & laughing together, how they care for each other etc. Tak perlu nak banyak adegan SX pon masih boleh jadi drama yang bagus. Tak semestinya kena ada adegan berpeluk tu semua kan? Itu semua cara murahan aje nak gain populariti sesebuah drama. So lame lah. Outdated.

Pelakon yang baik pastinya boleh terbitkan perasaan berbunga-bunga di jiwa penonton walaupun tanpa adegan sentuhan. Thats what I think about a great actor/actress for a love scene.

Sama lah jugak kalau ada yg bercinta belum kahwin ni yer. Kalau disimpan dulu bab pegang tangan tu semua utk selepas kahwin, bila dah kahwin sok mesti jadi lebih manis sgt perasaan tu. Tak ada sebarang body contact tak semestinya tak kasih & cinta kan? ^^ 

Kat opis ni kan, walau dah bertahun kawen kami neh, menjadi satu-satunya pasangan suami isteri dalam satu organisasi yang sama kadang bikin orang tak berhenti mengusik jugak. After office hour habi usually akan datang jemput aku kat sini & kami jalan bersama menuju ke kereta. Kadang tu sebab dah terbiasa jalan pegang tangan, belum sampai kereta dah kena usik dengan staff yang nampak. Benda tu tak sedar sangat sebenarnya. Hahaha. Tetibe ada pulak habi dapat call drp opismate dia tanya ' amboi...jalan pegang tangan nak pegi dating berdua ker?'. Dah termalu kami dibuatnya hewheww ^^

Dari sisi agama memang takde salahnya pun pasal dah halal. Tapi kat opis ni kena lah jugak jaga tata tertib kan? Eventho pada aku setakat pegang tangan tu apelah sangat, tapi maybe kat mata orang lain nampak salah sampai jadik meluat kat kami pulak kan? Biasalah, lain orang lain fikirannya. Tak boleh nak ikot fikiran diri kita aje. Inilah atr cabaran suami isteri yg kerja dalam 1 organisasi.

Buat masa ni tak pernah lagilah rasa tertekan kerja 1 opis neh. Kitorang bukannya selalu berjumpa pon sebab lain department kan? Bahagia aje kami kerja kat sini. Maybe sebab staf kat sini pon okay-okay aje semuanya.

Hoyeahhh...dah nak balik. Sampai rumah masak dgn kasih sayang, berbuka & bersiap nak balik rumah in law. Yeayyyy!!!! Nak detim berdua kena keluar senyap-senyap jgn bagi Naurah nampak. Shhhhhhhttt!








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat