Wangsa Walk, KL Festival City & Seoul Garden

Sebab weekend yg baru lepas ni adalah banyak aktiviti, maka rasa macam best pulak nak update kat sini. Tengahari Sabtu kami dah terpacak depan rumah Kak Ya kat Lojing Heights, Wangsa Maju. Bile noticed selipar takde, dingdong pon tak berjawab dgn bukaan pintu, seme dah bajet mesti dia keluar neh. So paksa Anje call Kak Ya tanya dia kat mana sebab aku tak suka nak tunggu lama-lama depan rumah orang. Hilang keayuan diri ini rasanya kohfs.

Kak Ya kata dia kat pasaraya Hero & dah nak balik. Please wait around 10 minutes more okay! Kalo lama sangat aku nak ajak habi pegi Wangsa Walk dah ngehngehh

Lepas Kak Ya & Hirraz sampai, masok rumah teros carik makanan. Lapor. Hahaha. Pagi tu semua orang breakfast mee megi aje. Thats y larrr. Seb baek ade lauk pauk Mak masak kt Johor yg Hirraz bawak. Panaskan asam pedas ikan tenggiri & panaskan ikan goreng. Ngappp! Erp Alhamdulillah ^^

Aktiviti sepanjang petang adalah free & easy. Tengok tv, guling guling & layan twitter. Heaven. Petang sket baru masak lasagna buat kali kedua kt rumah tu sama-sama. Malamnya aku dah tak dapat bertahan lagi. This is KL okay! And its Saturday nite. Takkan nak terperuk dalam rumah aje kot? So gesa habi bersiap & off we go to Wangsa Walk a 5 minutes drive from there. Haha. Nak cari jam tangan habi yang baru. Entahlah. Rasa cinta pada habi membuak-buak, so ligat otak fikir ape nak bagi kat orang kesayangan ekk? Bila noticed jam tangan souvenir company dinner last 2 years macam dah buruk, aku offer diri nak sponsor beli jam tangan dia yg baru. Baik tak wife neh? ^^

Dalam pada tengah  bulan & baru lepas habis duit berholiday, aku offer membelanja orang lain tanpa melihat baki $ dalam akaun. Bijak tak bijak la kan? Akhirnya aku sedar diri & set utk sponsor RM200 aje drp keseluruhan harga jam. Bwahahahaha...wife sengkek tak sedor diri. Tapi RM200 pon okay whattt? Kan.

At last habi jumpa jugak jam yang berkenan dihatinya. After getting my approval, jam pon dibeli yg berjenama Casio RM340 after 25% less. Suka tak habi? Ahh..betapa happynya hati bila dapat menggembirakan hati orang tersayang. Walau dapat sponsor sikit aje, yg penting habi ada jam baru. Kalau aku tak offer nak sponsor, ade dia nak beli? Takde kan. Hihi.

Pas beli jam we walked around & tetibe nampak ade jual periuk kukus tengah mall. What the....ekekeke. Akhirnya malam tu bukan impian habi aje yg tercapai yer. Akhirnya aku dah ada periuk kukus. So boleh la nak kukus kek karamel yer MekNa? Masalah utama bukan lagi sbb periuk kukus...tetapi...mixer masih tak beli sampai skrg. Apekahhhh? Hawhawhawww...MekNa plis jangan marah ^^ So rege periuk kukus stainless steel bersaiz sederhana ialah RM80 & habi hulur RM50 sbb duit aku tinggal RM40 je kot. Tetibe rasa mcm berapa aje sebenarnya aku sposor habi beli jam eyh? -.-"

Pas beli semua yg dihajati, Hirraz kata Anje ajak dia ke uptown Danau Kota. 10 minit aje pon dr rumah. Pergi tempat dekat-dekat aje kami. Kata kat KL kan? Of kos tempat yg best dekat-dekat aje semuanya. Haihh...kalau rumah aku kat KL, $ mesti lagi laju mengalir keluar. Thank god lah duduk kat ceruk sikit. Itu pon dah buat habi pening sbnrnya hewhewww....

So kat Danau Kota takde beli ape pon selain merambu ramba tengok apa yg menarik. Eyhh..ade beli tudung RM20 dapat 3 helai. Tudung buat pegi kerja beli yg murah-murah aje. Yang penting ianya dapat menutup aurat dengan sempurna. Ye tak? Bila Naurah dah nampak mengantuk, aku ajak semua orang balik dengan kejam sekali. Haha. Sampai rumah Naurah tak jadi tido & request nak makan nasi. So memasak la nasi aku tgh malam bute pastu goreng telur mata letak kicap. Habis sepinggan Naurah makan. After that baru la dia ajak tido dalam bilik. Petang tu dia melantak lasagna sepinggan. Tetibe aje kuat makan.

Esok harinya tengahari baru kami semua keluar ke KL Festival City. Ini pon 10 minit dah sampai dr rumah ^^ Sampai aje Naurah kata dia lapor. So jalan-jalan nampak Seoul Garden O_o Memang idaman aku kot nak makan kat situ. Ramai pulak geng kata sedap makan situ. So Kak Ya pon belanja kami makan kt situ & we spend 2 hours menikmati kimchi kobis yang siryes kena dengan tekak weyh. Sedap dapp. Fresh & sedap huhuhu. Banyak gak aku makan dengan hirisan daging bakar. Terasa Korean sungguh! Owh my hemsem Lee Min Ho...is this the taste that you eat everyday? ^^

Aku rasa kimchi kat SG ni macam dah di malaysianize kan lah. Tak ker? Sebab aku rasa original kimchi from Korea cuma rasa pedas kedaung aje. Yg semalam aku makan semua rasa cukup. Aku rasa kalau korang nk makan kat SG neh, sila jgn makan dalam keadaan mengejar masa. Better waktu santai & takde komitmen sebab boleh enjoy the food habis habisan. Barulah rasa berbaloi bayar RM25 per pax kot buffet macam tu. Tak pasti sbb Kak Ya yg bayor hihi. Tapi memang recommended lah for those yg nak kelainan drp asyik makan western or malay. Ice cream kat SG pon sedap weyh. Terutamanya flavour honey dew & mint. So refreshing.

Kami bertolak balik ke BBST around 6.30pm & arrived 1 hour later. What a great weekend ^^






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat