At 7 Weeks

I'm at 7 weeks at the moment. Awal sangat lagi. Rasanya nak ke klinik for scan on my 10th weeks. Sebab masa tu khabarnya degup jantung baby dah boleh dikesan. Awal than that maybe cuma nampak kantungnya aje. So bersabar lah lagi hingga ke waktu itu. Ada 3 weeks je lagi. Hikmah bersabar kan selalunya akan dibalas dgn sesuatu yg sangat indah. Mudah-mudahan yer.

Walau ini merupakan pregnancy yang kedua, macam dah ingat-ingat lupa fasa yang perlu dilalui. Aku rasa nanti bila dah deliver baby, still akan kekok & lupa segala yang dah pernah belajar masa handle the first one dulu. Bila ada kejadian yg kurang normal, terus panik like never experience it before. Nape ntah.

Pegang baby pon masih kekok. Maybe sbb baby orang kot. Bila baby kita, insyaAllah pandai aje nk pegang mcm mana. Memang dari dulu aku tak pandai handle baby orang. Takut-takut aje kot salah pegang & baby jadi sakit pastu menangis. Kelam kabut dibuatnya. Hehe.

Hari ni experienced kepeningan yg sangatlah aku fobia. Akhirnya dia datang jugak. Bajet manelah tau miracle kali ni takde pening sgt mcm dulu. Tp dah dia datang jugak, redha ajelah kan? Muntah kuning hari tu sekali aje dia jadi. Pastu takde dah. Tak boleh nak expect ape sgt la pregnant kali ni. Macam kurang stable.

Whatever it is, aku harap baby kat dalam ni sihat walafiat. Itu je kerisauan yg paling bermaharajalela dlm otak aku. Tentang diri sendiri, layankan ajelah. Jadi camni pn sebab ada baby dlm ni jugak kan? Jerawat besar dah ade 3 ketul kat muka. Siap bernanah. Sakit lagi. Perghhhh. Lain mcm betol kali ni. Dulu pas bersalin baru jerawat naik menggila. This time awal-awal dah menjelma.

Sambil pening, sambil menaip. Tak larat ah. Itu je k. Bai.




Popular Posts