Destinasi Cinta

Almost 4 ^^

A few days back aku & habi tengok rancangan Destinasi Cinta AA. This time Johan & wife jadi honeymooners. Celebrate their anniversary at Koh Samui. Homaii..nampak cantiknya pemandangan kat sana. Dan dan cakap dengan habi maybe we can go to Koh Samui in celebrating our 4th year of marriage. Dah tergoda lah tu. Hewheww ^^

Then masa cakap 4th year tu baru rasa eyhh...dah 4 tahun tu like lama jugak dah kan berkahwin. Naurah pon sebulan dua aje lagi nak 3 tahun. Homaii...rasa macam cepatnya masa berlalu. Rasa masih dalam tahun bulan madu lagi. Semuanya masih sama like tahun pertama kahwin. Masih lagi lovey dovey with each other walau anak dah sorang. But seriously dah 4 years kami neh? O__o

We look at each other and smile. I'm not sure what he's thinking of but at that time, I only felt blessed. Blessed for having him as a husband. Blessed for having Naurah as our daughter.

Memang tak salah sewaktu bujang aku membayangkan perkahwinan adalah satu kehidupan yang indah. It is. Its still is. When I was single, back then I tend to feel like there's a deep black hole inside my heart. Or maybe I can call it a ZERO feeling. I live like a zombie that have no hearts & no feeling. Ajaibnya bila dah kahwin, perasaan tu tak pernah sekali pon menjengah. I feel whole. Maybe kekosongan tu dah pun diisi oleh habi & Naurah. Wallahualam.

Aku pernah terbaca seorang ustazah menegur tentang pasangan berkahwin yang selalu menceritakan keindahan sebuah perkahwinan. Dia merayu supaya tidak menunjukkan yang manis-manis saja tentang perkahwinan. Sebabnya takut anak-anak muda yg baru habis bersekolah mudah terpengaruh & mahukan perkahwinan di usia muda. She said marriage is not all about happiness. There is more beyond that. It was a responsibility. Dia takut  anak-anak yg masih muda itu terlalu mentah utk memahami tggjwb dlm perkahwinan. End up bila dah semakin terbeban dgn masalah r/tangga, mereka bercerai berai. Itulah yg aku fahami drp penulisannya.

Ada point yg ustazah bangkitkan, aku bersetuju. Terutamanya ttg tanggungjawab. Tapi kenapa pula kita perlu menunjukkan bahawa perkahwinan itu bukan sesuatu yg indah sedangkan ianya memang boleh jadi begitu? Adakah sebab kita takut anak muda tidak dapat jd orang yg bertanggungjawab, maka kita menghalang mereka drp berkahwin? Bukankah itu secara tak lansung spt kita menggalakkan perhubungan yg haram disisi agama oleh lelaki & perempuan?

Mungkin kita terlalu memandang rendah keupayaan anak-anak muda utk memikul tanggungjawab. Isn't it? Adakah usia menjadi kayu pengukur kebahagiaan dalam perkahwinan? Well...I don't think so.

Entahlah. Nak kata ustazah tu punya pandangan semuanya salah, tidak juga. Nak kata betul, pun tidak juga.

Yang aku tahu, aku dah berkahwin & aku rasa bahagia. Hidup lebih bermakna bila dah berkahwin. Lebih berkat, lebih murah rezeki & banyak lagilah. Aku suka kalau dengar orang nak berkahwin. Perlukah kita menghalang sesebuah perkahwinan hanya kerana usia yg masih muda & takut in future akan bercerai? Well, yg dah tua berkahwin pun masih bercerai.

Bak kata Dr. Aidh Abdullah Qarni, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi 

" hindarilah buruk sangka, buanglah jauh angan-angan & khayal yang membahayakan "

Perlukah membayangkan perkara negatif yang akan berlaku di masa depan (yg belum pasti akan berlaku) & menghalang sesuatu yang Allah redhai di masa ini?

It is something that worth to be think of.......






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat