Gua Bertangkup

Suddenly tak tahu nak tulis apa kat sini. Perut rasa tak sedap. Pinggang pon terasa spt dicucuk. Simptom pregnant atau simptom nak period tidak dapat dipastikan. Antara keduanya. Tak dapat nak dibezakan. Hehe. Paling senang buat UPT test aje. Kalau -ve mintak ubat tahan sakit kat doctor, if pregnant kena tahan ajelah nampaknya. Entah.

Nampak gaya esok kena pegi klinik jugak la macam nie. Tak seronok la duduk ofis bila rasa tak sihat. Rasa nak terlentang aje depan tv doing nothing. Bila lapar, makan. Bila mengantuk, tido. Heaven.  Kalau request kat bos nak pergi klinik OK aje ni. Tapi takpelah. Esok lagi afdhal kot. Tahan dululah buat masa ni. Tak lama je pun lagi nak balik. 3 jam. Bertabahlah Sharena! Harap sangat masih mampu drive balik ke rumah +__+

Ohhhh..diwaktu tidak sihat ini aku adalah sangat mengharapkan habi ada disisi. Inilah masa yg paling layak utk meraih simpati. Hehehe. Dah.! Tak payah nak berdrama pulak kat sini. Habi nun jauh kat JB sane. Berharap pon tak dapat apa-apa yer =.="

Ok. Nak fikir yg indah-indah kalau disahkan pregnant pulak ^^

Sebenarnya sebelum disahkan lagi pun aku dah excited nak tgk due date baby. Hari tu lagi dah tengok. Kemain. Hahaha. Mak kan memang hover the top. Yelah. Kite kan dah lama berusaha. Bila ada gaya-gaya impian tu tercapai, mestilah kite excited kan? So the due date would be 20.08.2013. Masa tu Naurah dah berusia 3 tahun 7 bulan. Wahh...dah big girl sangattt.

And then mak excited tentang nama baby pulak. Dulu aku berangan nak bagi nama anak huruf pangkal nama pertama & kedua sama semuanya. Tapi skrg rasa macam tak best pulak. Macam takde kelainan. Contoh nama Naurah Zayanie is NZ. So anak kedua pon boleh jadi Naufal Zakaria or Nur Zahira. Sebab skrg dah bertukar fikiran, maka kena gigih cari nama yang lain pulak. Maybe I can stick with the letter Z for the 2nd name. Ubah nama pertama to H or I. Mane pulak buku nama-nama Islam yg indah beli masa Naurah nak lahir dulu. Kemas stor pun tak berjumpa. 

OK. Cukuplah 2 tu dulu yang mak berangan. Kang lebih-lebih berangan dpt result -ve terpaksa pulak carik gua bertangkup nak sorok muka. Malu. Kehkehhhh =P







Popular Posts