Hello Kitty Town & The Little Big Club

Umumnya ramai dah tawu aku tak sihat kebelakangan ni kan? Tapi sebab dah berjanji dengan Naurah nak bawak dia jumpa her favourite cartoon character Pingu, gigih jugalah aku bersiap ala kadar diwaktu pagi menuju ke Nusajaya, JB. Lebih nak pergi bila tahu Fad & family pon nak ke tempat yg sama at the same day. Peluang baik nak jumpe budak montel si Ismaa ^^ Gewam gilerrrr....asek kena picit dgn aku aje. Haha.

Kitorang bertolak dr rumah pkl 9am & sampai 10am. Lebih kurang 1 jam aje perjalanan. Habi bawak pelan aje. Masuk tol Kulai & exit kat Nusajaya. Byk jugak tol kena lalu. Boleh tahan yerp.

Seb baek beratur tak lama sangat. Tp mmg dah ramai orang dah masa tu. Sms Fad tnya dia kt mana. Dia kata kejap lg sampai & dia dah beli tiket online. Sokay la camtu. Kami yg dekat ni hegeh-hegeh baru nk beli tiket. Budak bwh 3 tahun FREE. Tiket dewasa utk kedua-dua tempat adalah RM85. So X 2 = RM170. 

Naurah so happy & excited tengok banyak cartoon character yg dikenalinya. Memang berbaloi sgt bwk budak tu kesini sebab dia punya muka seronok tu sgt priceless. Paling tensi sekali bab beratur panjang nk makan. Dah lapor sgt tp masih taknak balik. So 1 jam+ jugaklah aku beratur while habi bwk Naurah main apa yg ada. By the time Naurah dah habis main, turn aku pon tak sampai lagi. Bila dah dekat, aku pass baton pd habi soh dia que pulak dlm 15 minutes more & aku g chop tempat duduk. Akhirnya dpt pun kami makan dgn penuh berselera. Lunch pd pukul 3petang. Hebat. Macam kebulur semua org makan. Haha.

Pas makan kami lepak depan skrin besar tgk kartun Pingu. Siap duduk bersila. Penat kaki berjalan. Dalam pukul 4 lebih gitu kami pon said goodbye. Seharian kat sana pun tak dapat cover semua tempat/games menarik yg ada dlm tu. Malas nak beratur lama & takut tak sempat cover tempat lain. Overall, best & puas hati jugaklah. Byk tempat lawa utk snap gambar. Naik kelabu bijik mata. Haha.

OK la. Pening tgk pc lama-lama. U know why la.  Dah seround muntah kuning yg pahit kat toilet tadi. Habis karipap 2 ketul breakfast pagi tadi. Perghhh....terbaek!!! Hewheww ^^ Maybe boleh la kurus sikit sblm fasa menembun pd bulan ke-5 nanti =P

Enjoice the piccas. Jgn komplen muka aku mcm haram. Ate tak sihat khennnnn....


Hoyeayhh..sampai pun ^^

Sedang que nk beli tiket. Sempat lagi. Haha


Susah nk dpt gmbr bertiga


Fad yg makin selim. At least ko dah normal skrg huhu

Cer tgk tangan budak demok tu...grrrrr

Sape tak geram dgn budak montel ni? Aumm!

Nampak? Fad nun disana & habi. Sebelah2 cawan huhu

Tak menyabor...over excited

Boleh pulak dia lompat atas bunga2 tu mcm katak. Agaga

Suka betul dgn Pinga huhu

Semua figura dia nak bergambar. Excited!

Kemainnnn

Nyusun blocks

Lepak depan skrin besar kejap.

Skrin besar

Belum bukak lagi

Anyonyo...sampai balik mood happy ^^
Nak jugak. Hahaha...

Souvenir. Pingu lah ape lagi...

Bai-bai....jumpe lagi!!!




Popular Posts