I'm Loving It

Lama jugak aku dah disable comments kat blog ni kan? Rasa hidup lebih aman & tenteram kot. Suka. Hehe. Cuma kesian sangat kat geng kachik yg selalu mengomen dulu. Susah payah kadang sampai terpaksa pm kat fb or twitter nak bagi feedback tentang apa yg aku tulis. Maaf yer kawan-kawan semua. Maybe blog yg hanya boleh dibaca begini lebih sesuai dengan hidup aku skrg. Tak tahulah sampai bila. Maybe sampai bila-bila agaknya....

Makin lama minat nak membaca komen orang semakin menghilang. Mungkin jugak masih tak suka nak baca komen yang negatif & tak membina. Rasanya aku memang tak suka di kritik dr segi penulisan. Bukan senang nak terima sesuatu kritikan kan? Apetah lagi drp orang yg kita tak berapa kenal. Its like who the hell are you to said those things to me?

People are easily misunderstands what we wrote here. Orang yang suka membaca dari sudut yang negatif secara peribadinya aku rasa mempunyai hati yang kurang baik. Terbalik dengan orang yang bersemangat & always looks things in a positive way. Mereka ini orang yang berusaha utk memahami pendirian orang lain walaupun tidak sependapat.

4 years since I've been a blogger. Blog ni sepatutnya menjadi tempat berkongsi perjalanan hidup aku kepada sesiapa yg sudi membacanya. Itu sahaja. Amazingly I met lots of friends through this blog. Dari berkenalan di alam maya, sampailah berjumpa bergelak ketawa bertemu 4 mata. Seronoknya.

Aku tak pernah menyesal menulis apa yg aku nak tulis kat sini. Memang aku sudi nak share. Takde siapa pun paksa. Writing here is my passion. And I want it to be my passion as long as I live. InsyaAllah.

Aku tau pendapat aku tak semestinya betul dalam apa jua topik yang aku tulis. Aku bukannya menulis nak minta persetujuan drp orang lain. Aku cuma suka meluahkan pendapat aku melalui penulisan. Betul atau salah tak termasuk dalam ini cerita.

Hormatlah panadangan orang lain walau anda tidak sependapat dengannya. Tak perlu nak beri komen negatif yg menyakitkan hati penulis. Anda cuma mengumpul dosa bila berbuat demikian. Be positive & always look at things in a different angle. Kalau kita tak suka orang buat jahat kat kita, janganlah kita buat jahat kt orang lain. As simple as that....

Seronoknya kehidupan tanpa provokasi. Aman & damai. I'm loving it. Macam McD punye tag line aje. Haha.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat