Jangan Buruk Sangka

Pagi tadi masa kat rumah tetibe mak called. Rupanya cakap nak datang rumah hari nie. Dia soh tinggalkan kunci kat mana-mana so dia boleh get in aje rumah bila dah sampai nanti. Mak, Abah, Lisa & anaknya Abu Bakar akan datang all the way from Johor. Yeayyy! Tak bagitau pon nak datang hari ni. Terkejut mak taw! Laju-laju kemas serba sikit toys Naurah yang bersepah. Nampak molek la sikit semuanya. Malu ork kalau tetamu datang rumah macam tongkang pecah hewheww =P

Rasanya malam nanti deme mesti gerak ke KL. Kemana lagi kalau bukan rumah Kak Ya khennn. Abah tu ubat utk jantungnya dah habis. Maybe ada appointment dengan doctor sekali kat HUKM. Bukan senang Abah nak drive sendiri datang ke KL. Usually dia pergi sorang aje naik bas. Lepas jumpa doctor terus pergi BTS & balik Johor semula. Mak Abah kite ni bukan suka nak susahkan anak-anak. Kadang kite pulak yg rasa tak best sebab macam taknak entertain deme. Masalahnya Abah tu memang suka berdikari sendiri. Elok dia dah tawu mana nak naik teksi, mana nak tuju & all, pandailah dia uruskan hal sendiri.

Cuma kadang orang yang tak tahu keadaan sebenar suka sangat bagi bad impression pada anak-anak. Dulu masa Abah awal-awal ada check up kat KL, sanggup aku or habi bergilir ambil cuti nak hantar Abah kesana. Memang tak pernah berkeluh kesah pun sebab mmg tggjwb sbg anak kan? Tp bile kite cerita pd kawan-kawan ttg Abah berdikari naik bas dtg KL, pergi spital sndiri semua ada jugak yg pandang serong kat kita. Macam kita tak jaga mak abah sendiri. Padahal Abah tu kalau dia pergi kadang kitorang tak tawu pon. Dia tak bagitau. Tahunya bila mak call & inform. Bila call Abah, dia kata dah on the way balik ke Johor. Guane?

Orang tak tawu keadaan sebenar memang mudah je menuding jari & fikir yang negatif. Tu pasal aku selalu ingatkan diri supaya jangan mudah judge kehidupan orang lain melalui pandangan mata kita saje. Disebaliknya banyak yg kita tak tahu sebenarnya. Sebab tu jugak Allah selalu suruh kita bersangka baik & positif. Ianya memang berkait rapat.

Moga perjalanan Abah & semuanya kesini dipermudahkan Allah & selamat sampai ke destinasi. Amin,


 # homai...esok habi dah gerak ke JB. nebes nya nak drive ke opis. lama dah tak pegang stereng kereta.




Popular Posts