Memandu Ke Office

8.05am mak clock in hari nie. Hebat. Hahaha. Beginilah aku if pergi kerja sensorang. Aku memang tak suka datang lambat. Aku tak suka drive dalam keadaan tergesa-gesa. Aku suke jadi orang yang punctual. Tapi bila pergi kerja dengan habi, memang sokmo lambat sajo. Ngam-ngam sui je kadang tu siren nak berbunyi. 

Tak kisah la pasal bukan aku yg drive. Setakat ni tak pernah lagi sampai kena tunjuk sebab kenapa asyik lewat. Kena pandai la jangan bagi point cecah 10. Selamat adalah 9. Dibenarkan lewat sebanyak 9 kali tak lebih drp 8.45am keatas waktu masuknya. Sokay aje. Hehehe.

Pagi ni sblm ke opis kenalah hantar Naurah dulu kat taska. Elok aje dia duduk sebelah. Tp as usual mesti tanya " kite nak pergi mana ni bu? ". Aku seriau betol kalau dia tanya soalan ni. Serba salah nak cakap pergi sekolah. Sebab nanti dia mesti mencebik nak menangis. At the same time aku taknak jugak tipu dia. Bagi harapan palsu. So jawapan paling selamat ialah pergi jumpe Cik Anje. Memang dia mencebik jugak. Tp aku pujuk la cakap minggu ni nak balik Johor jumpe Atok sama Nenek semua. Then dia OK la sikit.

Pagi td Anje ambil dia kat depan pintu taska. Mencebik dah dia bila aku peluk cium. Seb baek Anje pandai tackle & dukung dia g main after that. Sayu aje tgk Naurah lambai aku. Muka sedih gila T T 

Bersabar yer Naurah. 2 hari aje lagi awak ke sekolah. Lepas tu kite balik kampung yer!

So rini sbnrnya Siti sponsor breakfast Nasi Lemak Kerang. Aku pulak bawak seplastik rambutan merah yg mak abah bawak all the way from Johor malam tadi. Kak Ina pulak bagi laksam sebekas. Petang pulak ada pesta durian 1 opis. Hari ni hari makan-makan sedunia kot ^^

Lately perut aku ni rasa lain drp kebiasaannya. Ermm..macam kurang lapar kot. Kurang selera pun iyer. Tapi makan tetap la makan. Haha. Mane boleh tak makan aku nie. Kata pun hobi.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat