Mendekati Majlis Ilmu UAI

Dah lama rasanya tak mendengar majlis ilmu yang memberi manfaat utk kehidupan di dunia & di akhirat. Hari ni aku berjaya mendengar majlis ilmu drp pendakwah tersohor di Malaysia masa kini, Ustaz Azhar Idrus. Banyak ilmu yang aku cedok drp banyak ceramah agamanya di serata negara. 

Dada ini memang sudah terasa haus dengan ilmu. Tak kisahlah if kita rasa dah banyak tawu segala benda. Tak salah mengingatkan diri kita dengan mendengar majlis ilmu utk refresh balik ilmu yg dah lama terperap tuh. Manusia ni kan mudah alpa & lupa. Akulah antara manusia itu T T

Bila kita rasa kekosongan dalam sst perkara yg sometimes kita tak tahu dimana silapnya, carilah ilmu agama. Selalunya hati rasa tak tenang sebab hidup kita ni asyik berlegar dengan perkara duniawi saje. Takde keseimbangan dengan persiapan utk akhirat. Ini salah satu cara Allah mengigatkan diri kita atas kesilapan diri. Subhanallah.

Bukan mudah utk menarik minat masyarakat utk mendengar majlis ilmu berkaitan agama. Syukur ada juga penceramah agama yg pandai memikat hati pendengar. Yang membuatkan kita tak menguap & hampir terlelap bila mendengar ilmu yg hendak disampaikannya. Orang yg begini tidak banyak yer. Kelebihan yg ada padanya haruslah kita hormati.

Jika ada yg kita rasa kurang baik disampaikan olehnya, janganlah kita ambil sebagai contoh. Yang baik, itulah yang kita jadikan pedoman. Kita punya akal utk menentukannya. Gunakan lah.

Jangan fokus pada sisi negatifnya, lihatlah dalam konteks yg lebih luas ilmu yg ingin disampaikannya. Masalah org melayu ni suka sangat fokus pada benda yg negatif sampai yg positif terus ditolak ketepi. Mentaliti yg sebegini harus diubah kalau kita nak jadi manusia yg lebih baik disisi Allah & masyarakat amnya.

Bila baca komen-komen negatif orang Islam sendiri tentang majlis ilmu UAI, aku dapat simpulkan betapa masih ramai lagi orang kita yg cetek pemikirannya. Rasa malu pon ada bila baca komen-komen yg tak membina tuh. Orang macam ni kita berdebat macam mana pun serasa takde gunanya. Keras kepala & keras hati.  Kita doakan Allah tunjukkan jalan yg benar sajalah pd orang-orang yg macam ni. Wallahualam.

# asyik dengar lagu kpop..lama-lama hati pon jadi mati + +




Popular Posts