Merumput Di Back Yard

Boring ork entry takde gambar? Well...jangan risau. Pasni banyak cerita nak share yg ada gambar. Stay tuned okay ^^

For the first n3 with piccas nie tentang aktiviti pagi Sabtu kami. As usual rumput rampai kat backyard secoet tu memang tugas habi menyelesaikannya. Bila aku pantau kerja dia, terkejot nampak pokok bendi yang aku semai dah mengeluarkan hasil. Weee....happynya rasa dapat makan bendi tanam sendiri ^^ Esoknya terus aku petik & buat lauk Ikan Tenggiri Masak Lemak Kuning with Bendi =)

My proud ^^

Bukan kami laki bini aje yg sibuk kat belakang rumah neh. Si Naurah & Oyen pon turut sama menyibuk. Si Naurah buat onar main pelocok & air longkang. Si Oyen pulak tempat habi nak cabot rumput tuelah dia landing. Memang nak kena dua2 neh!

Nak teman jugak orang kt belakang

Main longkang nombor 1

Selain drp pokok bendi, aku juga berjaya tanam serai kat belakang ni. Nampak subur la jugak. Serai yg mak tanam sebelum ni habi dah cabut sebab kurus-kurus tak cukop zat. Seb baek aku ada tanam serai gemok yg dah start menyubur. So adalah gantinya. Selain tu ada jugak pokok lengkuas (mak tanam) & daun kunyit (aku tanam cilok drp rumah Johor haha). Semua pokok ni memang memainkan peranan penting dalam masakan aku sehari harian ^^ Love. Pasni nak tanam pokok cili/lada pulak. Ntah bile hahaha

Serai & daun kunyit
Itu ajelah nak cerita tentang xtvt memerap kat rumah. Selain drp tu, aku juga berjaya mengemas segala jenis tupperware dalam kabinet dapur. Kerja ni mmg nak kena buat at least 2 bulan sekali barulah nampak kemas & proper. Happy bila nampak dapur yg kemas. Love.

Enjoice the piccas...


Haihh..2 beranak neh hahaha

Jiran belakang rumah yg takde orang hihi

Cer tgk rumah jiran laki bujang tu. Lalang dia....hahahha =P

Ahh....sedap mata memandang bila rumput dah di nyah ^^







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat