Perkongsian Tentang Golongan Syiah

Pada cuti yang lepas semasa di Johor aku ralit menonton youtube tentang golongan Syiah di Malaysia. Banyak rupanya yang aku tak tau tentang Syiah ni. Dulu aku sangka Syiah ni juga merupakan penganut agama Islam. Macam mazhab lain la. Tapi yg sebenarnya Syiah ni dah lari jauh drp ajaran Islam. Malah diorang ada rukun Iman diorang tersendiri yg ternyata berlainan drp kita golongan ahli sunnah wal jamaah. 

Mazhab dalam ahli sunnah cuma ada 4 imam iaitu Iman Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi & Imam Maliki. Dalam agama Syiah, mereka percaya pd 12 Imam mereka yang tersendiri.

Kalau rukun iman kita 1. mengucap 2 kalimah syahadah. Rukun mereka tiada pula yg itu. Pd rukun ke 6 mereka menggantikan dgn Walayah iaitu kenegaraan. Kalau pergi ke rumah orang Syiah, kadang kita akan nampak gambar 12 imam mereka dalam 1 potret siap ada lilin macam pemujaan pulak. Like orang hindu pun ada. Islam ke macam tu?

Orang Syiah dari dulu kata merekalah sebenarnya yg Islam. Kita ni yg pegang pd ahli sunnah dikatanya kafir. Kita kata dia sesat, deme jugak kata kita sesat. Tahukah korang kat Malaysia pun dah banyak orang yg menganut agama Syiah? Permasalahan atr Syiah & Sunni memang dah bermula sejak zaman berzaman lagi. Sejak drp zaman para sahabat Nabi lagi dimana penganut Syiah ni taksub pd kepimpinan Saidina Ali. Pd mereka Saidina Ali spttnya jd khalifah Islam pertama bukan Saidina Abu Bakar.

Golongan Syiah selalu mencela sahabat Nabi terutamanya Saidina Umar & isteri Nabi Saidatina Aishah. Malah dalam doa sembahyang mereka mesti terselit minta Allah laknat atas Umar & Aishah. Jahatnya golongan Syiah ni kan? Dalam talkin orang meninggal pon sama. Maka Islam kah mereka ini?

Banyak yg dah terpesong orang Syiah ni. Sbg memperingati peristiwa Karbala dimana cucu Nabi SAW wafat iaitu Hussen, diorang mencederakan diri mereka dgn mengetuk kepala dgn pedang sampai berdarah. Pernahkah Allah menyuruh kita menzalimi diri kita sendiri? Islam kah mereka?

Kalau tgk rancangan di Saudi dimana ulama; sunni di jemput, mesti akan ada orang Syiah yg call & mereka ni bila dapat bercakap je terus la cela ulama' tu, Saidina Umar & Saidatina Aishah. Cakap diorang ni anjing la ape la. Islam ke macam tu? Memang sangat dahsyat sekali.

Kadang orang kafir salah anggap tentang agama Islam adlh sbb golongan Syiah ni. Diorang mengaku Islam tp byk yang terpesong. Siap ada taqiyah yg membolehkan mereka berbohong dgn orang kafir (bg mereka) dgn berbaik-baik mengambil hati. Sedangkan kita dibolehkan berbohong bila keadaan darurat mcm utk keselamatan nyawa etc. Dia boleh pulak bohong suka-suka utk berbuat jahat pd orang tu nanti. Islamkah mereka?

Aku masih belum habis lagi membaca & mengkaji tentang golongan Syiah. Banyak lagi maklumat yg aku nak cari. Sesungguhnya ajaran Syiah ni sangat merbahaya sekiranya tidak dibendung di Malaysia. Mostly yg mudah terpengaruh dgn ajaran Syiah ni duniawinya educated, tp pengisian iman pulak kosong. Maka sebab 'pandai' sgt, mereka jadi 'bodoh'.

Pihak agama Islam dah byk buat sesi soal jawab dgn orang Syiah ni. Ade yg di upload di youtube. Diorang ni suka berdolak dalih & putar belit jugak cakapnya. Negara yg kuat ajaran Syiah spt di Iran & Pakistan. Kat Syria skrg kan puak sunni sdg di seksa & dibunuh kejam oleh puak syiah. Kasihannya saudara kita disana. Kalau mereka Islam, kenapa perlu seksa saudara seagama? Ini krn mereka menganggap sunni adalah kafir. Dan walau kita sunni anggap mereka yg kafir, adakah kita pernah berlaku kejam pd mereka?




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat