Goodbye 2012

Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2012.

Malas pulak aku nk ingatkan semula apa yg dah berlaku pada tahun ni. Benda dah lepas tak perlu nak dikenang kot. Bukan boleh buat ape pun. Boleh kalau aku fikir macam ni? HAHAHA. Psiko woman!

Betol ape. Tak kisah la achieve ke tak achieve ke target yg dah dibuat dulu. Takde beza mana pun. Life must keep moving on. Ayuh pandang ke depan! Disana masih ada peluang utk memperbaiki diri. InsyaAllah.

Bila dah pregnant ni aku jadi semacam blur. Tak tawu ape lagi kehendak hati. Nak pergi holiday yg selalunya aku gilai pon dah tak kuase. Nak deco rumah, nak beli kereta baru..semuanya dah gone with the wind. Aku cuma berharap aku dapat lalui pregnancy ni dengan baik, bersalinkan baby yg sihat & sesuaikan diri dengan tugas sebagai ibu kepada 2 anak pulak. Risaunya aku. Boleh ke eyh? Sometimes I do doubt myself.

Tentang gender baby, aku tak kisah la. Baby girl sangat sweet. Aku memang suka. Tak lasak. Behave. Menyusu pon tak kuat sangat. Senang dijaga. Pengalaman membesarkan Naurah memang best. Tak banyak karenah & masalah. Senang dibawa berjalan. Syok!

Membayangkan dpt anak lelaki, aku mmg rasa seriau. Walau dalam hati nak jugak merasa dapat anak sepasang, tp memikirkan kelasakkan boboy..sometimes mmg berbelah bahagi. Sebab aku ni bukan penyabar sgt orangnya. Aku tak suka membayangkan aku jd ibu tarzan terjerit sana sini like my neighbour. Hehehehe. Kakak sebelah tu anak bujang 3 orang hokeyy. Mane tak jadi tarzan mama diorang. Hahahaha.

So aku serahkan pd ketentuan Allah ajelah bab ini. Kite tgk ajelah hasil scan bila dah masuk 5 bulan nanti. Itu pon kalau dia bermurah hati nak tunjuk. Membayangkan aku menyusukan seorang anak lelaki adalah pelik. Apekahhhh???? Aku rasa kali ni aku boleh kot bg baby susu direct. Pengalaman pertama pulak bab ni. Naurah dulu kan memang pumping sampai setahun. Ahh..memang kepelikkan memikirkannya. Hohoho.

Nak doa kuat-kuat pd Allah if anak lelaki, biarlah yang behave jugak macam Naurah. At least sikit2 aktif sudah lah. Camne pulak rasanya membesarkan anak lelaki yer? Owhh..mmg aku rasa pelik sgt. Hehe. Bagaimanakah perasaan menyayangi anak lelaki? Ahh...gilo aku asek pk benda ni. Psiko siot!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat