Skuad Bola Sepak Tersingkir

Kalah dah Harimau Malaya dalam persaingan menjulang Piala Suzuki AFF utk kali kedua berturut-turut. Bila masuk FB, timeline penuh dengan manusia yg menyumpah seranah referee & pemain Thailand. Besar jugak harapan rakyat Malaysia nak tengok skuad negara ke final yerp? Sampai begitu emosional sekali penulisan di FB mahupun di Twitter.

Bila tengok dah ramai yg emo, aku jadi tak emo pulak. Haha. Kalau ditengok pd muka pemain Malaysia, semuanya kelat macam sedang memikirkan masalah negara. Entah kenapa semuanya ada air muka yg macam tu. Then adat permainan mestilah ada yg menang & yg kalah. Kelebihan mmg berpihak pd skuad Gajah Putih sebab main kat tempat sendiri. No wonder diorang main dengan bersungguh sekali while pemain kita dilihat lemah longlai seperti kehilangan fokus. 

Kekalahan skuad kita tak sepenuhnya bertitik tolak drp referee yang berat sebelah. Sebelum dia bersikap berat sebelah lagi, pemain kita dok sibuk buat tackle yg tak perlu & kasar. Spt berebut nak mengumpul kad kuning lagaknya.

Takpelah...dah ditakdirkan memang skuad kita kalah malam tadi. Terima ajelah kenyataan yg pemain kita tak bermain dengan baik malam tadi. Hidup kena terus jugak ork? ^^

Seronoknya hari ni dah Jumaat. Kan best kalau seminggu kerja 2-3 hari aje. Rasanya hidup lebih cerita & bahagia.

" Saya sentiasa berharap pd Allah agar dapat melihat indahnya sabar yang diciptakan-Nya "

- Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat