Some Stories Are Not To Be Told

2 kali draft entry. 2 kali bila fikir balik tak jadi. Apekah? O o

Sekarang macam lebih berhati-hati utk post apa-apa cerita kat sini. Walau kadang aku rasa tak kisah lah apa orang yg tak kenal aku dengan betul fikir tentang aku bila membacanya, at times aku rasa tak best la jugak. Ade ke orang yg suka bila orang lain fikir yg negatif tentang dia?

Aku ni walau memang tak baik mana, tp nak jugak orang kata yg baik-baik tentang aku kalau ada orang bertanya. At least orang kata aku OK aje pon dah cukup bersyukur. Taknaklah bila orang teringat tentang aku aje, mesti ingat yg negatif. Tak best ork?

Sampai bila-bila pon kita tak boleh buat semua orang suka pada kita. Sebab kita sendiri pon tak boleh nak suka semua orang. Betul tak? ^^

Akan ada manusia yang tak boleh masuk dengan diri kita. Hanya orang tertentu aje yg boleh. Siapa kita nak melawannya? Cuma jadilah diri kita sendiri. It doesnt mean kita kena jujur 100% sebab terlalu jujur pon bisa bawa masalah juga. Some stories are made to be told & some are not. Kena pandai buat pilihan yg tepat tentangnya. Salah buat keputusan, byk la orang mengata. Ape nak dikata?

Pasrah & redha sajalah.








Popular Posts