Tak Ramai Kawan Pun Takpe

Pada aku lah.....at least seseorang tu ada 90% kebaikan pun dah boleh dikategorikan OK. Or disenangi lah. Mana ada manusia yg perfect. Contoh macam aku senang pada Na. Dalam masa yang sama maybe ada dlm 10% juga peel dia yang aku tak berkenan. Tapi since 90% dia adalah disenangi, maka 10% tu boleh pejam mata ajelah. So boleh lah kami jadi kawan yg OK.

Yang susahnya bagi aku bila kebaikan & keburukan seseorang tu nak dekat seimbang. Contoh 60% disenangi & 40% menjengkelkan. Hahh..yg ini mmg bikin aku confused & serba salah mahu bagi kategori orang yg macam manakah.

Bila dia baik, rasa OK ajelah. Tp bila dia buat peel jengkel dia tu, rasa macam ishh kawan aku ker dia ni? Rasa macam nak tampo aje mulut tak bertapis tuh. Hewheww ^^

Usually what I do is tak terlalu rapat la dengan orang yang aku was-was kesetiaan dia sbg seorang kawan tu pd tahap yg mana. Just say hello & bye lebih memudahkan. Kawan biasa saje. Bila jumpa kita senyum, tak jumpa tak kisah la ko buat ape pong. Hahaha. Kejam bunyinya. Tp mmg kena buat macam tu kot drp kita menambah dosa sampai segunung dok mengata, mengeji & mengumpatnya. The best way to do is to keep our distance from this kind of people.

Pada aku juga....biarlah kawan kita tak ramai. Yang penting kawan tu memang jenis yang tak tikam kita drp belakang. Kadang kalau kawan terlalu ramai, lagi ramai lah orang yang mengumpat belakang kita. Aku suka pilih kawan yang betul-betul aku percaya. Takpelah walau ianya cuma Kak Niza & Azman aje kat opis ni. Yg penting mulut yg bercerita tentang aku tidaklah banyak mana. Kalau cuma mulut deme berdua tu aje, apelah sangat ye dop? =P

Lebih sikit orang tahu tentang diri kita, lebih nipis peluang orang nak berkata yang tak baik tentang kita. Isn't that good? Pada aku tak perlu nak berbaik sangat dengan semua orang. Kalau jumpa berselisih, senyum pon dah okay utk menunjukkan kita bukan orang yg sombong. Itu pon dah cukup kot.

Of course akan ada juga mulut yang mengata kita ni tak campur masyarakat. Anti sosial & sebagainya. Pada aku gasaklah! Itu aje pon yg orang boleh cakap tentang diri kita. Selain drp tu, dia tak tawu nak kata apa dah kot. Betul tak? Sebabnya dia tak kenal kita. Tak tahu banyak tentang diri kita. Lama-lama orang akan berhenti bercakap sebab takde cerita baru tentang kita. Isn't that great? ^^









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat