Tentang Diri II

Kesinambungan entry Tentang Diri sebelum ni, hari ni aku nak update lagi lah yer. As for today, my period has been delayed for a week. Genap 7 hari sudah. Mesti ramai yang cakap aku pregnant bila dengar berita ni kan? To be honest I'm not so sure yet. Selagi takde result UPT yang jelas menunjukkan double line, anything is possible. 

Tapi memang betul iaitu semakin hari berlalu, kemungkinannya adalah semakin besar. Harapan semakin membukit. Maybe the right time has come. Allah sudah kata "kun" maka ianya pasti akan "fayakun". Siapa kita nak mempersoalkannya. Setiap kejadian kat dunia ni samada yg baik ataupun yg buruk pada pemahaman diri kita adalah atas izin-Nya juga. Allah takkan pernah menganiaya hamba-hambaNya. Setiap kejadian adalah bersebab & penuh dengan hikmah disebaliknya. 

Manusia hanya perlu bersabar & sentiasa bersangka baik. Itu saja.

At the moment habi adalah tiada di sisi. Semalam dia dah gerak ke JB with his colleagues. Ada brain storming katanya. Bila teringat, mesti sms habi saying "habi, i'm not period yet". Its kind of a good news kot for him. Maybe sambil baca sambil tersenyum. Saje nak ceriakan hari dia ^^

Berita pasal pregnancy ni bila kedua pasangan sudah bersedia, memang jadi 1 berita yang sangat indah kot. Bukan utk isteri aje, suami pun mesti akan jadi lebih caring, lebih sayang & lebih segala-galanya lah. Bab ni aku memang paling suka sekali bila pregnant. Mintak lah ape aje, mesti habi sedaya upaya akan tunaikan. Taknak kecewakan hati isteri yang mengandungkan zuriat dia.

Aku selalunya tidaklah mintak yg bukan-bukan sampai tak masuk dek akal. Usually cuma terlebih manja & mudah merajuk bila rasa habi macam tak bape nak layan. Untung dpt suami yang penyayang & penyabar. Kalau dpt lelaki yg cepat panas, susah kot nak handle aku ni. Huhuhu....

If nak ikot pengalaman mengandungkan Naurah dulu, bila aku dah start dpt morning sickness, blog ni akan terabai dgn hebatnya. Haha. Pening tengok skrin pc. Berpinar mata dibuatnya. So memang tak suka ngadap pc selain drp sebab kerja. Kali ni tak tawulah pulak macam mana. We'll see....

Secepatnya esok aku akan buat UPT test. Selewatnya this weekend lah. By next week I will update my current situation. Pregnant atau period tukar tarikh. Antara 2 sebab tu aje. InsyaAllah.

Pray for me okay ^^

 # tahniah to Zuris yg dah selamat melahirkan baby boy bernama Muqri Haris. What a nice name kan? Bestnya dah dapat sepasang =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat