The 3rd UPT


Let Naurah show you guys the 3rd result of my UPT ^^

Akhirnya dengan UPT mahal (Clearblue $16) jugak dia nak nampak terang, jelas & nyata. This time takde doubt lansung when we saw the result. Test ni aku buat pagi Ahad 23.12.12. Period delayed for 10 days already.

Siapa tak seram bile ade blogger dah update dia dpt double line and a few days later dia period dgn heavy sekali. Tuhan ajelah tau perasaan aku macam mana. Awal pregnancy ni macam-macam jugak boleh berlaku. Memang aku risau sangat. Takut kejadian yg menimpa bbrp orang kawan turut terjadi pd diri aku.

Nak lekat bukan senang. Dah lekat, tak dapat bertahan lama pulak atas beberapa faktor yg kurang jelas. Begitulah Allah menduga hamba yg disayangi-Nya. So am I gonna be on the same ship?

Perempuan. Kalau tak asyik fikir yg bukan-bukan, tidaklah namanya perempuan kot. Diduga dgn batuk & selesema, aku takut nak menelan sebarangan ubat. Hasilnya bermula Jumaat lepas, sampai kehari ini masih lagi flu & batuk. 

Semalam jumpe doc Rashidah right after we arrived at BBST. Dia suruh makan ubat cair kahak & antibiotik. She said don't worry. Ubatnya sesuai utk perempuan mengandung. Dia cuma takut flu & batuk ni makin teruk & end up penyakit lain pulak yg datang sbb dah lama gak virus ni ada dlm badan. Ubat flu aje dia tak bagi since the hingus semua dah start memekat.

Flu aku tak kisah sangat. Batuk ni yg sangat seksa. Tekak sakit, dada sakit, malah 1 badan pun dah sakit sebab batuk mengokol siap badan terhenjut sama. Risau jugak dgn yg di dalam perut sana. Kesian dia tak duduk diam asek ade getaran aje. Ahh..mmg byk risaunya ttg pregnancy ajelah. Lain takde ape sgt.

Pagi ni I experienced my first muntah kuning hewheww. Time Naurah dulu selagi tak bersalin, selagi tu lah muntah kuning ni ada. Sebijik sebijan simptom my mak when she's pregnant us the 7 siblings long time ago. Batuk..batuk...batuk...akhirnya dpt rasa muntah kuning ni naik dari perut & keluar. If tak batuk maybe dia tak keluar lagi kot. Dah tertulis nak merasa hari ni. So pasrah ajelah hehe.

Sebenarnya my mind not fully at ease about my pregnancy. Reason why is tak jumpe doc & scan to see whats happening inside my womb. Is the kantung can be seen already? Does it have a heartbeat already? Ahh..too much question lingering in my head right now.

Risau that something might went wrong with this pregnancy. Ahh...am I thinking too much????

At the mean time cuma berdoa kuat-kuat pd Allah supaya janin ni sihat & selamat sampailah berjaya keluar dr perut ni nanti. Hanya pd Dia aku berserah.



 

Popular Posts