Too Good To Be True

Kisah bagaimana kita bertemu jodoh dengan suami memang tak pernah boring utk diceritakan kan? Apetah lagi utk selalu mengingatinya. Ianya momen yg indah & manis. Dah start menjiwang dahhh......HAHAHA ^^

Pada aku hal jodoh ni memang sesuatu yg sangat misteri. Begitu juga dengan hal mati. Okay..bab mati ni kite cerita lain entry. Takot. Hihi.

Misteri tu pada aku sebab kita tak boleh jangka siapakah jodoh kita yg sebenarnya. Kalau dah bukan jodoh, dah bertunang pon boleh putus. Yang kahwin pon boleh bercerai. Maybe sbb jodohnya mmg sekejap saje. Ketentuan Allah ye tak?

Selalunya bila kita ditimpa musibah, kita susah nak nampak hikmah disebalik musibah yg Allah tentukan utk kita. Sebab tu kita disuruh banyakkan bersabar. Maybe hikmah tu utk beberapa tahun yg akan datang. Bukan utk disedari pada masa kini. Konsep percaya & sentiasa bersangka baik pd Allah memang sentiasa subur dalam diri. Jangan cepat berputus asa dengan rahmat Allah.

Aku sangat suka mengenang kembali saat-saat takdir aku & habi dipertemukan. Ianya bermula dengan satu perjumpaan yg sangat simple. Drp keluar beramai dgn rakan opis, berinterkom berdua, kemudian membawa kpd panggilan telefon saban malam, keluar bersama, berjumpa parents masing-masing & bertunang. Semuanya berlaku dalam tempoh 2 bulan sahaja. 5 months after bertunang, kahwin. Wow.

Semuanya seperti dipermudahkan & both of us just go with the flow. Salah satu sebab ianya pantas adalah sebab kami sama-sama mahukan benda yg sama. Menamatkan zaman bujang asap. Tak kuase dah kot nak berkapel lelama tambah dosa sana sini. Penat. Masing-masing dah penat. Its time for us to settle down. Life masa bujang adalah tak best mana. Seriously! Haha. Boringgggg....huwaaahh...yawning....

The fact that aku kecewa nak mampos bila pts tunang memainkan peranan yg sgt penting dlm hidup aku. Macam the break even point lah. Titik tolak kepada satu perubahan yg sangat besar drp segi mentaliti. Ianya mengajar aku utk lebih menghargai pasangan & do my very best to make him happy. Kalau bukan sbb pts tunang tu, aku takkan boleh jadi spt aku pd hari ini.

See! Hikmahnya dapat dilihat pd masa skrg. Bukan right after the disaster happen. Sebab itulah kena banyak bersabar ork?

I'm not saying that at the moment this is the best of me. Life is all about learning. Sampai mati kita akan sentiasa belajar utk menjadi orang yang lebih baik. Ianya takkan pernah berhenti. Bila aku tiada peningkatan dalam hidup, aku akan rasa bosan. Berada di takuk yg sama terlalu lama adalah membosankan! We have to move on in order to have a happier life.

Move on bagi diri aku ialah sentiasa berusaha utk jadi isteri yg baik, ibu yg baik, anak yg baik & hamba Allah yg baik. Semuanya kena ada peningkatan. Kalau takde, aku jadi stress. Haha.

Ada orang move on dlm hidupnya bermakna have a better job & better pay. Aku bab duit & pangkat ni memang tak bape sangat lah. Sebab aku rasa 2 benda ni takkan pernah cukup & puas. Kalau dikejar, kita sentiasa nak lagi..nak lagi....And its totally for dunia saje. Life yg sederhana sesuai dgn aku yg biasa-biasa. Cukup makan pakai dpt holiday 2-3 kali setahun dah good enough for me. I'm all happy =)

Lagi...bab duit & kerja ni memerlukan banyak pengorbanan. As usual in life we will gain some & loose some. Pd aku tak berbaloi dpt 2 benda ni nak dibandingkan dgn masa dgn suami & anak yg terpaksa dikorbankan. I can get a better pay & job, but I have to travel far & balik rumah jam 9pm. Tak sempat masak, tak sempat nak main dgn anak. 5pagi dah bangun bersiap, cium dahi anak tgh tido, naik ERL. Homaiii..what kind of life is that? I could not imagine my life doing that. Horror. Its too horror just to be think of pun huhu...

Tapi ada orang mmg boleh dapat kerja yg bagus, gaji yg bagus & masa yg cukup dgn keluarga. Wahh...heaven seyh kalau ada semua ni ^^ Its too good to be true huhuhu...

Life is all about choices. So choose wisely. Choose what can make us & people that we love to be happy. Happy you, happy husband & happy child. Happy family. Ewahhhh...





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat