Wahai Isteri-Isteri Gempal

Orang perempuan yang dah berkahwin kalau gain weight mesti orang tanya 'pregnant ker?'. Ape kalau kite dah kahwin tak boleh gain weight sesaje meh? Aku rasa macam satu ketakadilan telah berlaku dalam hal ini. Hehehe.

Orang cam aku yg jenis badan senang naik ni lagilah selalu disalah ertikan. Even malas nak amek port, tp nun jauh di sudut hati mestilah ada rasa kecik hati ye dop? Bila gemok semestinya akan dikaitkan dengan tak cantik. Perempuan manelah yg tak sedih dikata tak cantik khennn ^^

Untung la perempuan yang takde masalah berat badan. Pandai kawal pemakanan atau memang gen sedia ada mempunyai metabolisme yang tinggi. Juga yang sentiasa berusaha utk kekal lansing & menarik. Anda memang harus diberikan pujian.

It just that janganlah di pandang lekeh dek kami yg mudah gedempol neh. Kami pun tak mintak jadi macam ni. Kadang kami ni tak kuat makan mana pun. Tapi badan tetap jugak naik bagai di pam-pam. Kuat makan pon sebab dah memang minat/hobi. Hidup spt tiada maknanya jika tak menikmati makanan yg sedap-sedap. Hewheww ^^

Allah jadikan setiap manusia ni ada kelebihkan & kekurangan masing-masing. Ada perempuan dia tu kurus, tapi sampai ke tua tak ada jodohnya. Ade perempuan dia tu gemok, tapi cepat pula datang jodohnya. So nak kata siapa yg untung & rugi skrg ni?

Ade isteri kurus solid molid, bercerai jugak akhirnya. Ada isteri gemuk bahagia sampai ke tua. Siapa kita nak tentukan apa-apa?

Rupa yg cantik tak menjaminkan apa-apa pun dalam kebahagiaan rumah tangga. Kalau takat pandai jaga body tapi makan minum suami tak dihirau, tak datang juga bahagianya. Rupa yg kurang cantik tapi kalau pandai melayan suami bak raja, tak gamak suami nak carik lain ye tak? ^^

Selalu la dengar orang yg jual produk kurus ni kata 'jagalah body utk suami...jangan kang dia cari yg lain sbb kita tak lawa dsb'. 

Bukan kita ni taknak jaga. Dah bermacam cara dah cuba. Hasilnya suam-suam kuku saje. Suami pun tahu kite ni beriya diet la puasa la semata-mata nak body mantop. Tapi tetap gini la jugak body bini dia. Apo nak dikato?

Dah tahu kekurangan diri yang ini, kite tonjolkan la pulak kelebihan yg kite ada. Masak sedap-sedap, layan suami dengan baik, jangan berkira dalam hal duit. Banyak lagi kot cara nak tambat hati suami supaya sayang sentiasa dengan kita. Bukan dikira drp paras rupa & bentuk badan aje yer!

Jadi isteri-isteri gempal sekalian, buanglah rasa rendah diri kita jauh-jauh. Lets do our best as a wife. Suami kita bernikah dengan kita bukan atas sebab paras rupa saje. Its more than that I believe. Teruskan memberi layanan yg terbaik utk suami. Chaiyok!! ^^


Size doesnt matter. Kan habi kannn? ^^ Loving aje huhu....







Popular Posts