2013 = Cuti-Cuti Malaysia

For the past 2 years rasanya merata jugak aku pergi holiday sana sini naik katerbang. Meh aku try nak ingatkan a few places that we went. Sarawak, Sabah, Terengganu, Penang, Bangkok & Medan, Indonesia. Untung lah ada airlines tambang murah Air Asia. Kalau tak entah tahun bila nak merasa naik katerbang. Dgn gaji yang tak seberapa macam kami pon boleh mampu utk fly sana sini. Apetah lagi yang memang takde masalah kewangan macam korang hehehe ^^

Aku rasa aku dah puas jugaklah jalan merata neh. Memang pulun habis-habisan sebab tahu akan tiba masanya aku mungkin dah tak mampu nak berjalan sakan lagi. Kalau bukan sebab tak mampu, minat pulak yg dah hilang. Contohnya macam skrg. Hasilnya for year 2013 masih takde 1 pun holiday yang sudah pasti. Takde booked ticket flights to anywhere pun.

Aku masih ingat lagi tahun lepas aku cakap tahun 2013 adalah masa utk kami cuti-cuti Malaysia sahaja. Nampaknya mulut aku masin lah jugak. Seiring dengan situasi yg membuyong, kegilaan holiday by flight telah pun mati begitu sahaja. Tak amek port lansung dah weyh.

Tapi ada 1 percutian yang memang takkan boleh dilupakan. Percutian wajib apabila menyambut ulangtahun perkahwinan kami. Tahun ni InsyaAllah akan masuk tahun yang ke-4. It will happen in May. Dah 2 tahun berturut sambut anniversary ni dgn holiday menaiki katebang. Nampaknya tahun ni sireh akan pulang ke gagang.

InsyaAllah kami akan bercuti ke tempat aku & habi honeymoon right after we get married. Lepas kahwin tak pernah sekali pun kami jejak kaki lagi kesana. Ade orang tu dia fobia drive kereta jalan macam ular kena palu. Hehehehe. Akhirnya after almost 4 years, dia dah berjaya mengatasi fobia yg dialaminya & bersedia utk kesana kembali. Syukurlah. Hehehehe.

Tak sabar rasanya nak mengimbas semula kenangan honeymoon kat sana nanti. Kali ni dah boleh cerita kat Naurah kisah suatu masa dahulu tentang ibu & ayahnya. I guess it will be a very special anniversary celebration for us. Am thinking of to stay for 4 days 3 nights. Alang kepalang dah naik sana. 

Manelah tawu kot-kot orang tu fobia balik lepas naik sana lagi. Kena tunggu 4 tahun lagi nak sampai lagi. Bwahahaha.....ampunnnnnn!!!

I miss this green scenery
Eyhhh? Inai di jari....lalalala




Popular Posts