3 Rabiul Awal 1434 = 3 Tahun

Lorhh..baru aku perasan kalau ikut kalendar hijrah, pd hari Selasa yg lepas iaitu 3 Rabiul Awal 1434 adalah merupakan ulangtahun kelahiran Naurah yang ke-3. Sorry Naurah sebab ibu lupa pulak tarikh keramat awak tu. Asyik sibuk fikir tentang diri sendiri aje ibu awak ni. Hampes betol. Hehehe.

Dan hari ni pulak genap sebulan lagi mengikut kalendar roman awak akan berumur 3 tahun jugak. Bersamaan juga dengan hari ke-3 awak demam. Nampaknya demam kali ni bukan disebabkan oleh stools awak like usual. Maybe demam beralih tahun ikut kalendar hijrah agaknya. For the first time pagi ni ibu rasa badan awak dah tak panas after last bagi ubat pukul 1 pagi tadi. Ibu berharap sangat sempena hari Jumaat yg penuh barakah ni demam awak sudah kebah. InsyaAllah.

Seronoknya ibu rasa sebab hari ni adalah hari Jumaat. Lepas ni ada 2 hari kita bergomol bergumpal kat rumah. Seperti biasa ibu nak merehatkan badan ibu puas-puas. Bermakna ibu mungkin akan menjadi spt seekor dugong yg sentiasa terdampar di atas karpet depan TV. Bwahahahaha -.-" Macam tak best aje kutuk diri sendiri....

Apa agaknya aktiviti yg best ibu ayah nak bagi kat awak yer sempena awak dah 3 tahun ni? Nak jalan jauh-jauh ibu punya kesihatan tak berapa tip top lah sayang. Hurm...nantilah ibu fikirkan apa yg boleh kita buat sama-sama hujung minggu ni yer!

Next month pulak birthday awak jatuh hari Isnin. Ibu plan nk ajak Ayah ambil cuti & bawak awak jalan-jalan bergumbira lagi. Yang ini pun ibu belum fikirkan lagi nak bawak awak kemana. Sejak ibu mengandungkan adik awak ni, otak ibu agak tumpul utk memikirkan tentang aktiviti bersuka ria. Maafkanlah ibu yer nak!

Naurah, ibu harap awak akan terus membesar jadi anak yg bijak & mendengar kata. Ada lagi 1 tahun ni jer lagi utk awak bersuka ria kat taska. Next year ibu nak masukkan awak ke tadika islamic belakang rumah kite tu. Kat sana nanti awak akan belajar ambil wudhu', iqra' & solat berjemaah. Belajar baik-baik & have fun okay! Dengar cakap cikgu & jangan nakal-nakal.

Berangan jauh pulak ibu tentang awak. Hahaha. Yang patut difikir dgn cepat tak dapat-dapat lagi. Yang jauh lagi sibuk mengharap itu ini. Sabokan ajelah ibu awak ni Naurah.....

Happy 3 years old my princess....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat