Appraisal Datang Lagi

At 10.30am this morning my appraisal with superior will take place. Kalau nak ikotkan takde mood lansung nak hadap benda ni dlm keadaan diri yg serba kekurangan ni. Tapi nak taknak, suka atau tak aku tetap kena hadap jugak. Harap takde perkara berbangkit yg teruk sangat la pasal performance kerja aku for 2012. Seingat aku mmg takde ape sgt pun. Tapi manelah tawu tetibe bos jaki pulak saje nak bagi aku markah sikit. Redhakan ajelah. Tak kuasa dah nak argue apa-apa. Maybe aku lebih byk mendengar ajelah nanti apa yg bos cakap. Harap bos paham la keadaan aku skrg ni. Itu je yg aku mampu harap kat dia. Sori la klu aku tak mampu nak fokus bila dia ckp nanti.

Aku dah isi apa yg patut dlm form semalam. Kali ni takde tulis tangan sbb tahap kemalasan yg melampau. So aku cuma taip kat pc, print out & tampal kt ruang yg disediakan. Lepas interview dgn superior, aku kena isi balik form tu & tulis samada aku puas hati ke tak dgn interview aku tu. Pastu if nak request apa-apa like naik pangkat or naik gaji bolehlah tulis jugak. Entahlah. Kali ni mcm takde mood nk mintak apa-apa sebab mcm tak pernah dpt aje ape yg aku mintak. Hehehe. Tp org kata kalau x mintak masa ni, bila lagi? So might as well tulis ajelah apa yg kita harap boleh dapat. Tercapai atau tak itu dah perkara kedua ye tak? Nothing to loose pun.

Orang yg tak tinggi cita-cita mmg mcm gini kot. Yelah...dlm hati fikir kerja ni cuma utk tampung kos kehidupan aje. Bukan nk bermewah ke ape. Tak pernah nk kejar pangkat or gaji yg tinggi pun. Aku tak suka kerja yg stress. So keje bahagian admin mcm ni mmg sangat sesuai la dgn jiwa. Sedangkan kerja senang mcm ni pun kadang rasa malas gila nak kerja, inikan pulak klu kerja dlm bidang yg menuntut performance tinggi. Mmg lg cepat la aku bersara agaknya. 

So bila dah dpt kerja yg senang mcm ni, mmg payah ler nak berhijrah ke kompeni lain. Buruk baik best or tak best keje kat sini aku telan ajelah mcm biasa. Mana-mana tempat kerja pun ada best & tak bestnya. Siapa pun bos aku, tetap ada karenah yg tersendiri. Dgn bos skrg ni at least aku dah masak dgn peel dia sbb dah lama bersama. Dah tawu nak handle mcm mana if dia meroyan ke hape. Kalau kena jerit, masuk telinga kiri kuor tinge kanan. Dah tak jadi kudis dah.

Niat dlm hati cuma buat kerja sebaiknya supaya gaji bulanan yg diterima tu berkat & tak mengalir mcm air paip dgn lajunya. Gaji walaupun sikit tapi kalau berkat memang sentiasa akan cukup. InsyaAllah.









Popular Posts