Bantuan Dari Allah

Cita-cita nak rasa sihat sampai ke petang tak kesampaian. Maybe fasa baru mabuk sudah bermula. Minum air pun muntah. Tak sekonyong-konyong aje benda ni terjadi. 2 kali dah terjadinya. Hari ni start tak berselera. Sblm ni lunch OK aje makan dgn selera. Hari ni tak sure samada lauk tak sedap ke guane. Lansung tak boleh nak jamah ape. Paksa mkn nasi kosong 3-4 sudu. Berharap utk tenaga saje.

Looks like buah tembikai selera pulak aku menikmatinya. Kejap je settled 3 potong. Anggur yg bwk drp rumah pon jd penyelamat. Bila tak boleh nk mkn ni aku risau perut kosong. Nanti angin datang & start la haywire sana sini. Lembik aku jadinya nanti. So dlm keadaan skrg cuma mengharap dpt bertahan sampai ke petang. Bbrp jam je lagi nak balik rumah. Hrp dpt bertahan dgn penuh kesabaran.

Kak Niza nasihat aku baca petikan ayat Surah Al Hasyr (Lau anzalna hazal quran) sbg amalan. Katanya kalau sakit kepala ke pening ke, baca ayat tu sambil pegang ke kepala. InsyaAllah elok nanti jadinya. Sbnrnya surah ni aku dah hafal masa Ustaz Zakaria suruh Tingkatan 5 dulu. Itu 15 tahun yg lepas ada dah kot kihkihhh. Amazingly aku masih ingat lagi surahnya. Aku dpt baca dgn betul most of the surah. Cuma ayat terakhir je aku dah terkeliru dengan Surah An Nur (Allahu nurussama wati wal alrdh).

So google & jumpa ayat yg betul. Nak kena ingatkan balik ayat yg last tu. Dua surah ni dulu aku rajin gak baca dlm solat. Pastu lama-lama malas sbb panjang. Tapi x sangka jugaklah masih ada lg ingatan utk surah ni. Now cuma kena refresh balik aje. Banyak pahala Ustaz Zakaria sbb soh hafal surah ni dulu. Lagi pulak aku masih ingat cuma tak amal aje. Maybe kawan2 sekolah yg lain pun masih ingat & amal surah ni. Terima kasih ustaz sbb bagi ilmu akhirat neh.

Tak tau datang kekuatan drp mana. Dgn air tak boleh minum & bergtg pd buah, lps baca surah Al Hasyr td terus ditiup semangat baru. Rasa lebih bertenaga nk habiskan bbrp jam kat opis ni. Subhanallah. Allahu Akbar.

 Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan ya Allah.





Popular Posts