E.M.O

Syukur akhirnya sampai dah ke hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Terima kasih Allah kerana bagi hamba Mu ini kekuatan utk terus tabah & berjuang selagi terdaya. Walau susah macam mana pun, hidup mesti mau terus. Perjalanan masih lagi panjang. Pinjamkanlah hambaMu ini kekuatan & kesabaran hingga ke akhirnya. Amin.

Lately asyik update tentang kesihatan diri aje. Boring ork? Usually apa yg aku tulis kat sini semuanya berkisar ttg life aku. Dan keadaan diri sendiri nielah yg paling aku concern kebelakangan ni yg akhirnya membawa kepada semua n3 adalah tentang keadaan diri sendiri. Aku tau ramai yg dah bosan membacanya. Tapi nk kata apa yer? Orang suka ke tak suka ke aku tetap nak tulis jugak. At least hilang sikit rasa beban yg ditanggung neh. Lega taw dpt meluahkan apa yg terbuku dihati. Takkan la asyik nk meluah kat habi. Dia pon ada limitnya. So selain habi luah kat sini pon sokay. Nasib ko lah blog. Hehe.

Selain runsing dgn keadaan diri, aku runsing jugak tgk kain baju tak berlipat segunung atas katil Naurah. Huhuhuhu. Harap cuti panjang ni dpt lah aku settlekan semua sekali. Takde mood betul nak duduk melipat baju tu semua. Kdg baru lipat separuh dah mengah. Terbaring pulak sebelah baju. Then sambung lah balik melipat. Memang makan berjam dibuatnya. Hahaha.

Other than that keadaan rumah masih lagi terurus. Thanks to habi yg byk membantu. Sbnrnya mmg tugas dia pun ngemas rumah, sapu rumah tu semua. So takde hal sgt la kan. Cuma part aku la yg kdg hampeh cam lipat baju, masak & basuh pinggan. Klu OK aku buat. Klu tak OK aku biar aje. Bab masak habi boleh jugak ambil alih sekali sekala. Tp dia pon kdg malas sbb dah penat kemas rumah. So nak paksa dia masak pon rasa tak patut la pulak kan?

Kadang aku geram jugak dgn Anje. Bukan nk tolong ape yg patut. Dah tau kot kakak ni mabuk preggy. Bab masak lagi jgn harap lah. Ade skali aje dia tlg basuh pinggan. Pastu takde dah. Asyik sebok ngadap tab layan fb or youtube. Nyampah pulak kadang tgk tu. Huhuhu. Tp bab buat susu Naurah & basuh berak Naurah tu ada la byk kali dia tolong. Itu pun klu aku berbunyik ajelah. Klu tak disuruh mmg tak bergerak la dia. Kdg aku hangin aje bila keluar rumah beli brg dapur or balik Semenyih, balik semula rumah takde pun nk kemas mainan Naurah yg bersepah kat ruang tamu tu. Asyik masyuk sgt dgn tab dia sampai tak hirau keadaan sekeliling. Tak agak-agak kot.

Tapi aku being a good sister la sangat ni, mana pernah bising-bising ke dia. Kang dia tak suka pulak nk ddk rumah aku khennnn. Malas ah nak create suasana yg -ve dlm rumah. Habi pon tak pernah ckp apa-apa. So kami sama-sama berdiam ajelah ttg benda ni. Malas nk amek port. Simpan ajelah dlm hati. Aku ni kalau sihat walafiat tak kisah sgt kot benda ni. Bile tak sihat la tetibe jd gini. Stress. Hihi.

OK. Sekian dari mak yong yg emo kihkihhh.....





Popular Posts