Fobia Taska & Rumah

Aku & habi selalu bermasalah nak menjawab bila tiap pagi Naurah tanya on the way to taska 'ibu/ayah, kite nak pergi mana ni?'.

Alahai...nak menjawab sekolah kang mesti dia mencebik & sometimes menangis terus. Aku tau bukan masalah taska tu. Tapi dia of kos la prefer nak lepak dgn ibu & ayah dia kat rumah or pegi jalan mana-mana kan dengan kami. Aku kalau boleh taknak dia ada perasaan tak suka ke taska/sekolah. Tapi nampaknya dlm usia yg semuda ni dia dah tak suka nak ke sekolah. Guane?

Gitu jugak kalau kami on the way dari mana-mana nak balik ke rumah. Naurah mesti buat macam nak menangis taknak balik kerumah. Dia akan tanya 'kite nak balik rumah ke ni ibu/ayah?'. Bila jawab ha'ah, mulelah tunjuk protes muka masam nak menangis seme. Pastu ckp 'ala...kakak taknak balik rumah....'. Sekolah tak suka, rumah sendiri pun tak suka. Abes guane doh gini????

Padahal tak boleh nak lari kot drp mengadap 2 benda yg dia tak suka ni saban hari. Hari bekerja, dia memang perlu ke taska. Hari-hari pun mesti kena balik rumah jugak kan? Acaner?

Aku tak suka sbnrnya buat/paksa dia benda yg dia tak suka. Tapi dalam bab ni aku ada pilihankah?

Pagi tadi siap cakap 'kakak taknak pergi sekolah lah. kakak nak duduk rumah je sorang-sorang'. Hahh..siap dah berani ckp nk ddk rmh sorang-sorang okay. Dia punya taknak lah pergi taska tu kan. 

Bila aku tanya Anje, dia kata kat taska elok aje main happy happy dgn budak-budak kat sana. Takde masalah ape pon. Tu yg aku pelik nape dia suka sgt ckp taknak pergi taska sedangkan kat sana OK aje. Sama juga macam kat rumah. Bila dah sampai rumah, elok je main beskal bagai. Tgk kartun, main dgn kucing.

Maybe dia macam aku jugak kot. Mulut sokmo cakap benda yg kadang hati tak maksudkan. Saja nak tarik perhatian spy orang kesiankan kita. Ni taktik aku kat habi la selalunya. Hehehe. But at this age Naurah?? Kamon laa....are you that brilliant?????

Hewhewww -.-"





Popular Posts