I Am Happy

Wow..rasanya ini appraisal paling ringkas & cepat sekali siap. Best gila kot ^^ Sembang dgn bos mcm kawan jer. Sempoi ah. Hehehe. Alhamdulillah kerana permudah appraisal aku kali ni. Syukur sangat rasanya. Maybe sebab keje dah lama kan kat sini. Bos pon sorang tu jelah tak pernah tukar lain. Dah takde ape sgt nak dicakapkan. Dah tahu peel masing-masing guane. Takat buat syarat ajelah.

Lps ni bos akan pulang balik appraisal aku dgn marks yg dia bagi. Ahh..aku tak harap ape pun lah. Sikit ke byk ke gasak dia. Skrg dlm fasa nak redha aje dgn apa yg Allah dah tentukan. Malas nk saratkan otak dgn benda-benda mengarut. I just want peace of mind.

Lawak ah td bos tanya psl cita-cita. Jujur gile aku jwb aku takde cita-cita. Keje setakat nk bantu suami aje. Supaya dapat hidup selesa. Takde berangan nk ada rumah banglo ke ape. Keadaan kami skrg pun dah syukur sgt pd Allah. Tak mau mintak byk. Siap ckp rasa nak berhenti keje aje bos. Hahaha. Then bos pulak ckp byk tak best ddk rumah nti. Gaya mcm tak bagi aku berhenti kihkihh. Sayang jugak dia kt aku ork? Yeler..aku mana byk karenah sgt. Melawan cakap pon tak pandai. Untung dah bos dpt aku ni taw! Hakhak

Appraisal kali ni more to speak like a friend lah. Bos pon lebih cool. Maybe effect lepas balik haji jugak. Syukur pd Allah. Its a very nice conversation with her lah tadi. I am happy =)

Aku ckp aku okay keje kat sini. Aku tak expect nak naik gaji lebih drp org lain atau dpt naik pangkat ke ape. Keadaan skrg ni aje dah mencukupi. Dah syukur banyak sangat. Lega dapat cakap dgn bos ttg benda ni. Maybe dia takut aku bising ttg gaji or xpernah naik pangkat whatsoever. Honestly I said I'm so okay with that. Maklum lah aku keje sbb nak kurangkan beban habi aje. Itu ajelah yg bg motivasi utk aku terus bekerja. Gaji skrg mmg dah dpt byk ringankan beban habi pun. So aku pun takdelah nk tamak nak lebih & lebih lagi. Kalau mmg rezeki aku Allah nk bagi, aku terima. Kalau takde pun tak apa.

Rasanya klu aku berhenti kerja kt sini sbb aku jd hoswife lah kot. Tak minat dah rasa nk keje tempat lain. Tak tahulah in future guane. Tp buat masa skrg, inilah yg aku fikirkan.

Seronoknya hidup tanpa provokasi & kontroversi. Bukan mudah nak dapatkan ketenangan hidup dlm dunia zmn skrg ni. Kunci utama aku rasa kita kena elakkan diri terlibat dgn masalah orang lain. Lagi sikit kita ambil tahu ttg kehidupan orang, lg tenang hidup kita akan jadi. Kdg dgr masalah orang ni buat otak kite lagi serabut. Tak tahu lagi bagus drp tahu. Takpelah orang kata ketinggalan zaman pun. Yg penting kita happy dgn keluarga kita. Itu dah mencukupi.

Orang boleh fikir apa saja tentang diri kita. Kita takkan boleh halang persepsi orang. Yang pastinya kita takkan mati dgn persepsi buruk org ttg kita. Biarlah orang nak burukkan kita pd sesiapa pun. Dia bukan sape-sape dlm hidup kita. Kita cuma perlu jaga suami kita, anak-anak kita & ahli keluarga kita. Itu yg paling penting sekali.

So far aku takde masalah pun dgn family sendiri & in law. Semuanya tetap harmoni & berjalan lancar. Alhamdulillah. Kalau aku ni jahat, lambat laun pasti akan ada masalah. Dah hampir 4 tahun berkahwin, semuanya OK. So aku rasa aku ni tak jahat pun orangnya. Betul tak? ^^ 

Kesimpulannya, persetankan tanggapan orang yg tak mengenali anda secara menyeluruh. Orang yg takde life yg best mmg suka kepochi ttg hidup orang lain. Ape dia dapat pun tak tahulah. Abaikan aje. Jangan dilayan perangai orang tak matang. Jadikan dia spt halimunan....kihkihhh....











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat