Impian Utk Anak Lelaki

Dikatakan perempuan yg sedang mengandung itu sedang berjihad. Kerana itulah sekiranya si ibu terkorban sewaktu melahirkan anaknya, maka di kategorikan kematiannya itu sebagai syahid kecil. Subhanallah.

Since aku ni kan mulut tu kadang suka sangat merungut serba tak kena bab kesihatan bila mengandung, ada baiknya aku sentiasa ingatkan diri tentang perjuangan yg aku sedang lakukan sekarang. Dapatlah menyejukkan sikit hati yg gundah gulana ini. Ecehhh...over tak hengat hehe..

Sudah lumrah bila anak pertama adalah perempuan, kita teringin pulak nak merasa menguruskan anak lelaki. Tak salah berfikiran macam ni. Cuma at the end of the day, kita kena redha dengan ketentuan Allah. Kalau masih lagi anak perempuan, pun tiada salahnya. Ianya tetap darah daging kita suami isteri. Tak perlu nak rasa hampa whatsoever. Lelaki atau perempuan sekiranya membesar menjadi anak yg soleh & solehah, tiada bezanya. Pahala di sisi Allah samada utk lelaki & perempuan adalah sama. Equal.

Tak dinafikan masih ramai orang yang beranggapan anak perempuan bukanlah pewaris yg sah bagi kedua ibu bapanya. Tetap jugak pentingkan kewujudan anak lelaki sebagai penyambung tradisi keluarga. Ahh...kolotnya orang yg masih berfikiran macam ni. Rasa nak sekeh aje kepala orang yg dah senget ni bagi tegak balik. Hehehe. Agaknya dia tak yakin dengan janji Allah tentang apa yg diambilkira apb kita mati kelak bukannya jantina tapi sebanyak mana amalan yg kita lakukan di dunia dulu. Tidak dikhususkan utk lelaki mahupun wanita.

Anak lelaki kalau dah besarnya jadi penghuni pusat serenti apa yg baiknya? Anak lelaki bila dah besar nanti sanggup tinggalkan kita kat perhentian bas tanpa arah tuju apa yg baiknya?

Masalahnya di sini bukan perbezaan jantina. Masalahnya ialah bagaimana peribadi & sahsiah anak-anak yg kita besarkan itu. Samada anak-anak kita akhirnya akan mengheret ibu bapanya ke syurga mahupun neraka. Itulah persoalan terbesarnya.

Walau apa pun, aku sudah berniat sekiranya anak yg dikandungkan ini adalah lelaki, cita-cita aku untuknya adalah lebih besar berbanding utk Naurah. Ini mmg ada kaitan dengan jantina. Kerana diketahui anak lelaki besar tanggung jawabnya kepada agama. Maka lebih elok sekiranya kita fokuskan anak lelaki utk memperjuangkan agama Islam. Bagi dia solat jemaah 5 waktu sehari semalam. Pupuk minat dia utk menghafaz ayat-ayat al Quran. This is my dream.

Kalau anak perempuan lagi....harapnya dia behave mcm Naurah. Itu je dulu. Hahahahaa. Poyo betul.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat