Kedai Makan Penganut Syiah

Sabtu yg lepas kami ke KL. Malam sebelumnya mak call tanya datang kesana ke tidak. Aku nie sejak membuyong kesihatan tu ON & OFF. So selalu 50-50 kalau nk pergi memana. Kalau rasa sihat, OK je jalan. Kalau rasa tak sihat, tak kuasa kot nak kemana-mana. Tapi since mak dah called, nak taknak kenalah kesana jugak. Tak nak hampakan hati kedua ibu bapa yg nak berjumpa dengan anak cucu. Selagi boleh aku akan usahakan. InsyaAllah.

So tengahari Sabtu kami pun gerak menuju ke KL. Bila teringat ada Himpunan 1juta rakyat, kami bajet jalan maybe akan jem. So better singgah kedai g makan dulu lah. Perut aku mana tahan nk dibiarkan kosong lama-lama. Makan tak boleh nak banyak, tapi kena kerap. Tak payah hairan la kalau 10 minutes after makan aku cakap lapor. Hahahaha. Gilo.

So habi suggest singgah makan kat kedai makan traffic light menuju ke Dengkil tu. Usually breakfast aje kesana sbb ada lontong yg sedap. Kali ni try lunch pulak. Lauknya simple & rasanya pun simple. Tak complicated. Lauk kampung dimasak scr bersahaja mmg sedap kot. Aku cuma ambil kuah asam pedas, ikan goreng & telur masin. Nikmatnya rasa.

Lepas basuh tangan aku saja memerhati sekeliling. Entah mcm mana tetibe mata tertancap pd gambar-gambar yg digantung di dalam kedai tempat pembayaran. Ahhh...i am so familiar with that pictures. Ya. Ianya gambar Imam 12 yang diagung-agungkan oleh penganut agama Syiah. Ada juga gambar sewaktu perjumpaan penganut agama tersebut di Malaysia.

Allahu Akbar. Sebelum ni tidak pula aku terperasankan gambar-gambar tersebut. Hati terus rasa tak sedap & aku inform habi asked him to confirmed what I saw. Lepas membayar, habi agreed mmg gambar yg dipuja oleh penganut Syiah.

Tak lama kemudian azan Zohor berkumandang drp radio yg dipasang di dalam kedai. Kemudian alunan ayat suci al Quran pun kedengaran drp radio tersebut. Ahh..alangkah indahnya.

Tapi????

Berkenaan akidah keluarga yang membuka kedai makan tersebut sememangnya aku tidak dapat memastikannya. Hanya Allah yg lebih mengetahui. Tapi setelah mengetahui kemungkinan mereka sekeluarga adalah penganut ajaran Syiah, aku tak rasa wajar utk kami makan disana lagi. Dgn gambar Imam 12 yg bergantungan itu, tidak mungkin aku sanggup utk menjejakkan kaki kesana lagi.

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati utk melihat keadaan di dalam kedai itu. Tak sanggup kot nak masuk ke kedai orang yg mencela para sahabat Nabi SAW spt Saidina Umar & isteri baginda Saidatina Aishah. Ianya sememangnya tidak wajar.

Kami yg mengikuti ahli sunnah wal jamaah cintakan semua para sahabat Nabi & ahli keluarga baginda. Perbuatan mencela & menghina sahabat Nabi bukanlah saudara se Islam kami. Wallahulam.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat