Keep It Low

Meeting baru je habis. Tak sempat nak update blog dulu sebab pukul 9am dah start. Sori blog ^^ Aku tak lupakan ko pon blog. Mane boleh lupa kalau kat sinilah tempat aku selalu merepek merapu tentang segala apa yg terjadi dalam hidup aku. Kalau takde ko, guane lah hidup aku agaknye. Dah bertahun-tahun melampiaskan segala rasa kat sini. Janggal rasanya dalam sekelip mata nak melupakan ko. Tetibe mode jiwang. Hahaha.

Aku suka konsep blog. Sebab dia takkan mengkhianati kita walau apa pun yg terjadi. Ceritalah apa saja, dia akan tetap setia sebagai tempah meluahkan perasaan saje. Yang buat onar selalunya manusia yang membaca. Kadang benda tak bernyawa lagi bagus drp yg bernyawa. Hehehe.

Alhamdulillah preggy kali ni tak mabuk tengok skrin pc. Masa Naurah dulu asal pandang pc aje mata berpinar. Sampai terabai blog ni dibuatnya. Dalam sebulan ada 4-5 update aje kot. Itu zaman-zaman kejatuhan aku dalam penulisan di blog lah. Tapi waktu tu tak ramai kawan bloggers lagi mcm skrg. Setakat setia bercerita dgn blog tanpa mengandaikan ada orang pun yg baca. Zaman syok sendiri. Wakaka

Alah..sekarang pun tak ada bezanya sangat. Tetap tulis apa yg aku rasa nak tulis. Cuma ambil langkah lebih berhati-hati takut ade yg terguris hati perut membaca apa yg aku tulis. Sentap pulak tak tentu pasal pastu kondem aku ntah apa-apa aje.

Aku ni memang dari dulu tak boleh buat jahat. Tak boleh jadi kejam. Tak boleh nak honest sangat. Mesti ade aje orang yg kondem aku balik. Padahal aku ni bukannya baik sangat. Tapi dah orang asyik chop aku baik, bile jadi jahat macam satu kesalahan besar gila sampai boleh menggemparkan tembok besar kat China sane gaknye. Macam, no Sharena...you cannot be like this. Tensi gak kadang dibuatnya. Haha.

Kadang rasa nak bawak sepanduk tulis ' AKU TAK SEBAIK YG KORANG SANGKA '. Boleh gitu? Hover. Hehehehe.

Tapi aku akui lah yg aku adalah orang yg tak suka konfrontasi & kontroversi. Aku suka low profile. Aku tak suka nak mingle sgt dgn ramai orang lebih-lebih sebab aku rasa akan terjadi lebih byk benda tak best drp yg best. The more we keep ourselves low, less people will be talking about us. Aku lebih suka macam tu. Hidup rasa lebih aman & tenang.

Kita bukan nk menyombong. Kita said hai & smile to each other. Know a little bit about people. But not so into them. Sikit-sikit sudah. Lebih senang macam tu. 

Ikut kesesuaian diri masing-masing lah benda nie. Mana yg kita rasa selesa, pilih lah ia. Its our choice.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat