Kereta & Kenangan Bersalin

Ahh...dah makin ramai opismate aku yg noticed kami sudah tukar kereta. Segan sangat rasanya. Sampai nak cerita kat sini pun fikir byk kali takut orang kata kita nak menunjuk-nunjuk pulak. Now cerita dgn harapan orang tak fikir kite nak menunjuk sangat sebab cerita dah basi kihkihh ^^

Syukur pd Allah akhirnya kereta Myvi habi bertukar tangan kepada adiknya. Sedang elok lah nak tukar kereta sebab anak pun InsyaAllah akan bertambah tahun ni. Penukaran kereta ni sbnrnya sudah menjadi 1 keperluan kpd kami sekeluarga. Ianya bukan lagi 1 kehendak spt suatu ketika dahulu. Hehehe. Spt ramai orang tahu, bonet Myvi adalah sangat limited ruangnya. Sedangkan kami 3 beranak ni saja pun terpaksa guna ruang seats belakang sbb bonet tak dapat nk tampung barang yang ada. Itu blm masuk barang Anje lagi kan?

So orang kata mmg dah cukup haul lah klu nk tukar kereta. Habi pun tetibe pulak berkenan dgn kereta sedan baru Nissan Almera. Bila dia ajak pergi showroom Nissan ritu memang mcm " did I heard him well??? ". Betul ke telinga aku ni? Cam terkesima sekejap. Haha. Then bertitik tolak drp situlah semuanya berjalan lancar sampailah dh dpt dividen ASB, urusan dgn bank & kereta pun keluar pd Sabtu lepas.

Perasaan aku tidaklah menggebu gembira excited spt yg aku jangkakan. Padahal dulu kemain lg suruh habi tukar kereta Myvi dia tu. Bila dah dapat jadi mcm " err..ade aku kesah? ". Aku rasa ada kaitan dgn emosi orang mengandung nielah. Concern terlebih ttg diri sendiri aje. Benda lain mcm malas nk amek port. Pastu risau tak tentu pasal pk psl komitmen dah bertambah. Dh la nak tambah anak. Byk belanja kot? Arghh...cukup ke gaji kami nk tanggung semua ni & masih dpt lagikah hidup selesa mcm skrg?

Banyak persoalan yg bermain di minda. Tp lama-lama malas nk fikir & just go with the flow. Tawakkal ajelah pd Allah. Rezeki tu Dia yg bagi. Kalau kami pandai manage perbelanjaan, InsyaAllah masih dpt hidup selesa. Fikir positif ajelah. Penat kot fikir benda yg blm pasti jadinya. Baik buat bodo aje dulu. Sok punye masalah kite selesaikan lah sok-sok jugak.

Sekarang kite mau enjoyyyy!! Hahaha pale hotak mung nk enjoy. Enjoy pebendanya woiii????

Btw masa habi tnya nk kereta kaler ape? Laju-laju aku ckp putih. Dgn harapan tukar kereta Myvi putih kepada Nissan putih akan membuatkan orang kurang perasan kami tukar kereta. Apekahhhh? Kihkihkihh

Settled dah bab kereta. Lps ni pkr yg besar nk pk ttg spital mana nk bersalin. Sejujurnya aku nak bersalin dgn Dr. Fatimah lagi kat AnNur. Servis kat sana pun tip top sgt. Orang manja mcm aku kan mmg suka dilayan dgn penuh kasih sayang....haktuihhh. Hahaha. Sampai skrg aku tak rasa fobia lansung nak bersalin. Fobia bab luka jahitan nak sembuh aje kt bawah tu kihkihh. Bestnya klu 2nd time nti x perlu episiotomy (gunting) ^^

Aku risau kat spital lain masa nurse jahit luka kat bawah tu deme tak tidurkan kita like at AnNur. Mcm tak sanggup kot nak rasa dijahit kt bawah tu huhuhu. Masa kat AnNur dulu lepas sahkan jantina anak, deme terus suntik ubat tidur. Aku tido tak sedar ape dlm 1 jam gitulah. Tawu-tawu je dh sensorang atas katil. Masih kat Labor Room & makanan tengahari depan mata. Blur gila masa tu nk ingatkan semula apa yg dah terjadi ni? Hahahaha. Then barulah senses semua datang & terus makan dgn lahapnya. Hahaha. Lapor tahap cipan wohhh. Then nurse datang bwk wheelchair sorong naik lif masuk bilik utk berehat. Heaven ^^

Setahu aku klu kat spital gomen masa jahit tu kita sedar kan? Cuma dibius je kot nk kurangkan rasa sakit jahitan tu. Ohh..aku harap takkan ada ingatan ttg bab dijahit ni. Aku nak tido sama mcm kat AnNur dulu. Hampes sgt ke aku dlm bab ni? Hehehe =P Takpelah bayar mahal sikit asal takde kenangan horror yg satu tu. Mak sanggup ikat perut nk kumpul duit utk ini ^^ Lain org lain keupayaan dia ork? Aku sedar yg diri aku mmg jenis lembik. So...berusaha lah!!! Chaiyok!!







Popular Posts