Malas

Bila esok kena kerja. dan-dan terus tak sihat muntah & yg seangkatan dgnnya. Macam dlm iklan megi ke ape dulu tu, dan-dan esok nak sekolah, mula lah rasa mcm nak demam. Agaknya mainan psikologi je semua tu. Dah otak kite set betapa menyampahnya rasa nak kena pergi kerja. Tu yg mulalah rasa mual & pening semacam. Padahal hari-hari sblm tu syok aje kot makan spt takde hari esok.

So malam tadi merasa lah lagi semua yg dimakan masa lunch keluar semula. Bila muntah je mesti sakit kepala sekali. Kenapa yer? Perut kosong masuk angin pun tak boleh jugak. Muntah lagi. Guane? Seb baek la benda ni semua tak jadi hari-hari. Kalau jadi hari-hari mmg boleh kurus dibuatnya. Sebab tak hari-hari, maka berat badan masih maintain spt biasa. Tak naik & tak turun. Perot ajelah mcm boncet lebih drp biasa. Dah muntah pon tetap boncet. Nyampah je tengok. Hahaha. Boncet bkn sbb baby, tp sebab lemak yg tak pernah hilang drp dulu. Pasrah ajelah. Hehehe.

Syukurlah nak masuk ke bulan ke-3 ni baju kurung masih boleh pakai. Plan nk buat jubah ikut saiz jubah mekah masih tak dapat dilaksanakan. Mood takde lah. Semua benda yg melibatkan penggunaan duit aku jadi malas. Nak shopping online pon malas. Apetah lagi shopping scr nyata. Hasilnya duit dlm maybank mcm banyak la pulak. Banyak drp kebiasaannya sahaja. Part ni mmg best lah. Perasan mcm orang kaya kejap. Nak keluarkan duit tak perlu check baki dulu spt kebiasaannya. Tekan je berapa insyaAllah ada je duitnya. Tekan mengikut keperluan aku yg biasa lah. Cth sekali keluar biasanya dlm 200-500. Tidak ler sampai 1k keatas nak dibawak keluar. Ape jadahnya aku nak berbelanja sampai 1k khennn????

Bayangkan la nk pergi ATM keluar duit pon boleh jadi satu benda yg malas. Punyelah hampes keadaan aku skrg ni. Hahaha. At the same time baguslah sbb in future nak banyak pakai duit kot. Nak beli mcm-mcm keperluan baby & ibu.

Bercerita psl baby, 2nd check up masih tak dpt dibuat. Cuti klinik byk tutup la pulak. Klu tak tutup, habi kerja pulak. So masih tertangguh sedangkan dah masuk week 11 dah skrg ni. Tak lama je lagi nak habis 1st trimester. Tak sabarnya ^^ Harap sgt janin ada perkembangan yg baik. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Itu aje kot cerita yg aku nak share. Yg lain takde ape yg menarik. Biasa-biasa aje. Kat opis aku tgh nk isi appraisal form for year 2012. Mati kutu nak tulis apa. Belasah ajelah.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat