Nak Kerja Ke Tak Kerja?

1 jam lagi nak balik. Weeehuuuuuu.....

Sekarang nie makin menjadik excited nak tunggu waktu balik. Tak sabar rasanya nak merehatkan badan secukupnya. Kat opis ni even bukan buat kerja berat angkat guni ke ape, tp letih badan duduk mengadap pc most of the time. Setakat jalan ke toilet atau ke main office. Itu ajelah aktiviti aku kat sini. Naik lemau dibuatnya.

Bila balik keje duduk sebelah habi dlm kereta, rasa letihnya badan. Mengalahkan habi yg asyik ulang alik office ke site. Hahaha. Yang sebenarnya hati ni dah tak kuat nak datang kerja. Malasnya ya rabbi. Allah ajelah yang tahu. Tp demi gaji tiap bulan, gigih la bersiap jugak tiap pagi ke opis dengan separuh hati. Setiap hari berangan seronoknya kalau dapat lepak berdua dgn Naurah kat rumah. 

Umur baru nak masuk 31 tahun ni. Dah malas gile nak pergi kerja. Guane eyh orang dapat bertahan kerja sampai umur pencen? Adakah semuanya pun dilakukan kerana komitmen yg ditanggung? Ada orang memang suka pergi kerja. Contohnya macam habi lah. Maybe sebab dia lelaki & tugasnya memang mencari nafkah utk anak bini. Jadi memang bagus lah kalau dia mmg suka pergi kerja. Kalau tak suka lain cerita la pulak jadinya.  Huru hara keluarga dibuatnya hehe..

Aku ni kalau habi tu kerja gaji 10k ker mmg tak kuasa dah kot nak keje. Baik duduk rumah & try cari side income buat belanja diri sendiri aje. Kalau duduk melanguk aje pun boleh bikin bosan jugak kan? Aku bayangkan diri aku kesana sini hantar & ambil Naurah balik sekolah. Pastu pergi bayar segala bil rumah & seangkatan dgnnya. Then ddk mengadap FB ke promote bisness Shaklee ke ape. Hahahaha. Kemain anganan ^^

Kalau anak dah 2 sok lagi berbaloi kot klu tak keje. Dapat jaga baby sepenuh masa. Concentrate kat dia boleh fully breastfeed. Sediakan makanan utk anak-anak & suami dgn lebih teratur. Macam best jer hehehe...

Tapi aku rasa bile jd hoswife ni masa utk diri sendiri jadi terhad. Asyik sibuk urus hal anak, suami & rumah saban waktu. At 1 point aku rasa mesti naik stress dibuatnye. Hehehe. Kalau kite keje ni masa kat opis adalah masa utk diri kita. So masalah mcm tu insyaAllah takkan timbul. Ini kalau dah ddk rmh mmg 24 jam la ngulit anak. Me time maybe bila anak-anak semua dah tidur. Masa tu kite pon dah letih & tak kuasa nk buat me time. Tidur lagi bagus ^^

Kesimpulannya bekerja & x bekerja mmg ada pros & cons nya. Aku ni sbnrnya dah gian nak pergi holiday. Nak relax tidur kat hotel semalam dua. Lps dpt cuti nti semangat la balik bekerja. Selalunya mcm tuelah. Syukurlah dapat jugak bertahan kerja dah 8 tahun lebih hewheww





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat