Satu Perjuangan

Ya Allah....bilalah masalah batuk & pee2 ni nak baik sepenuhnya yer? Kahak pon masih lagi tak lenyap-lenyap dia. Walau dah tak datang bulan, tetap kena pakai pad kes pee2 when coughing ni. Malah penggunaannya lagi banyak sebab tak kira waktu kerja atau tak, wajib kena pakai. Kalau tak kang meleleh aje air kench kat kaki. Dah macam orang tua ke kanak-kanak yer mcm nie? Kench merata-rata pulak.

Rasanya sebulan lebih ada dah kot masalah aku ni. Sampai satu tahap memang rasa tension sangat pasal ni. Solat Asar dah banyak kali kena buat kat rumah after balik kerja sebab tak yakin masih bersih & suci. Sampai je rumah terus naik atas mandi & solat. Panties pulak dalam sehari boleh jadi 3-4 helai kena tukar. Kesian habi makin banyak pulak kain basuhan dia. Sebab bukan panties aje, baju pon selalu bertukar kes was-was. Bau kench tu kadang dah memenuhi segenap ruang bilik tidur.

Pernah juga Naurah pun samapai bertanya ' ibu, bau ape ni??? '. Ahh..segannya lah rasa. Mengalahkan anak kecil mak punye perangai. Inilah antara dugaan terhebat pregnancy kali ni. Sebolehnya aku memang taknak cerita pasal nie sebab dah bajet mesti orang akan chop aku kuat merungut, mengeluh etc. Aku sama sekali tak berniat utk merungut melainkan utk merekod pengalaman pregnancy kali ni. Then manelah tawu ada rezeki anak ke-3, dapat la imbas semula what happen in my 2nd pregnancy and even for the 1st one.

Then boleh la buat perbandingan setiap dugaan & ujian mahupun kelainan dalam fasa mengandung. Setiap pengalaman utk setiap orang anak pastinya ada persamaan & ketaksamaan. Nanti anak No. 2 dah besar dapat la dia baca pengalaman omak dia ni ha masa mengandung ke dia dulu. Tawu susah payah yg omak ea hadapi & harapnya lebih menghargai kita sebagai ibunya. InsyaAllah.

Memang banyaknya susah payah tentang pee bila batuk adalah drp segi kebersihan. Maybe bila asyik pakai pad yg penuh dgn air kench hasilnya membawa kpd masalah kencing kotor yg aku alami skrg. Even rasa sakit dah takde lagi, tapi aku tau masalah tu masih wujud sbb bau air kench yg sangat menusuk tu sometimes datang & pergi. Maybe bergantung pd byk mana air kosong aku minum pd certain hari.

Masalah nk minum air kosong ni pun satu hal jugak. Manelah nk lalu sgt minum air kosong aje dlm pd selera serba tak kena mcm ni. Terlebih minum boleh buat perut jd sebu & badan rasa tak sedap. End up mulalah semua yg dimakan pun masuk dlm toilet bowl. Semuanya berkait rapat. Susah kan?

 Aku redha dgn rasa susah ni. Aku kan tengah berjihad. Eceh. Hehehehe.

Aku kuatkan diri bila rasa susah dgn berfikir segala yg aku buat dgn susah payah & byk dugaan ni terutamanya berkaitan dgn solat adalah utk Allah. Kerana aku adalah hamba Allah. Allah sedang menguji aku dgn dugaan yg hebat ini. Memang senang utk kita tinggal solat bila asyik rasa penat tukar segala baju byk kali dsb. I take it as a challenge. Sbg hamba Allah, aku kena kuat utk tidak menjadikan ianya alasan utk meringankan solat.

Kawan-kawan, doakanlah aku agar terus kuat dalam perjuangan ini. Terima kasih.






 



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat