Sebak & Sesak

Sebak ketika membaca penulisan Prof. Muhd Kamil seketika tadi.

Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya? (Terjemahan dari hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Ya Allah, aku berasa sangat lemah & susah dgn keadaan skrg. Tapi diwaktu sangat susah ini aku tak memanfaatkan waktu yg Allah mengabulkan permintaan kita. Boleh kata saban hari aku selalu terjaga di akhir malam. Dgn lebih tepat sepertiganya. Kemudian aku menarik selimut & menyambung tidur.

Di waktu siang aku mengeluh saban waktu dgn keadaan yg tidak bertenaga & serba lemah. Aku mengadu pd manusia ttg kesusahan diri. Dptkan mrk berbuat apa-apa.

Ya Allah, maafkanlah hambaMu yg lemah ini. Sudah terlalu lama aku tidak menangis semahunya meluahkan segala rasa sesak di dada. Mungkin waktunya sudah semakin hampir. Moga Allah berikan aku masa utk itu.

Popular Posts