Sukar Untuk Di Fahami

Selain drp rakan blog & twitter, tak ramai kawan di FB yang tahu aku sedang pregnant. Memang takde hebah anything pun kat sana. Rasa macam tak perlu kot. Segan aje tetibe up status dah preggy lagi. Aku pun tak aktif sangat kat FB sana. Sekadar komen kat status orang lain, komen kat gambar, pm with closest friends & mengikuti timeline semasa.

Lagi satu pregnancy ni masih awal lagi. Tak lepas lagi 1st trimester. Seeloknya kita announce pregnancy bila dah melepasi waktu-waktu kritikal kot. Selalunya lebih ramai orang yang memilih cara ni. Whatever it is rasanya aku takkan mungkin up status tentang pregnancy ni kan FB. Rasa memang tak perlu. Cukuplah dgn blog & twitter saja sebab aku lebih aktif dalam 2 media social ni aje =)

Pagi ni walau tak berapa sihat tapi aku rasa happy sebab muntah kuning ^^ Apekahhh? Huhuhu. Dulu kemain lagi mengeluh kalau muntah kuning. Skrg macam tertunggu sebab pd aku muntah kuning ni menunjukkan ada perkembangan pd janin. At least aku rasa lega sebab terasa like pregnant. Sebabnya kali ni mabuk adalah lesser than Naurah dulu. At times aku rasa spt tak pregnant + +

Saiko tau sebab pengalaman pertama dulu memang hura hara hidup dibuatnya...tetibe kali kedua macam lain. Otak start fikir bukan-bukan. Takut itulah..takut inilah. Memang senang orang lain utk berkata " relax, think positive and etc". Orang lain tu tak berada kat tempat aku. Nak pregnant bukan bila kita nak je boleh terus dapat. Bila dah pregnant of course kita rasa bersyukur & sangat menghargai rezeki yg Allah kurniakan pd kita. Thats y kita sentiasa risau akan kesihatan & perkembangan dia kt dalam sana. Bukan aku saja-saja nak risau tak tentu pasal. Ingat aku suka ke nak fikir yg bukan-bukan?

Kalau ada pilihan aku pon nak relax & be happy always. The thing is semua ni masih di peringkat awal & segala-galanya adalah fragile. Di tambah dengan keadaan sekeliling yg mana a few friends mengalami ujian keguguran di awal kehamilan, tell me how can I not to think bukan-bukan? How?????

It just that kebimbangan aku tu tidaklah sampai tak lalu makan & bermuram durja. Life must go on like usual. Aku cuma jujur utk berkongsi tentang perasaan aku tentang kehamilan kali ni. This is my thought & this is what I feel at the moment. Itu saja.

I don't need anyone to scold me & told me not to think anything nonsense. I just want to be understand. At least give me a moral support & words that can comfort me. Thats all. Bukan nak suruh beriya pujuk macam budak kecil. Sepatah dua kata yang mendamaikan pun sudah cukup. Lepas meluahkan kita rasa lega. Takde feedback pon tak apa. Yang penting lega.

Ada certain kawan memang sesuai jadi tempat kita meluahkan. Ada kawan jenis tak sesuai lansung. Asyik kena marah, kena kondem dsb. Buat otak kita lagi serabot.







Popular Posts