Takde Alasan

Dinner semalam cuma masak ikan siakap stim. Makan dengan berselera sampai over loaded. Sudahnya pukul 9 lebih half of what I eat keluar balik masuk dalam toilet bowl. Grossed. Hehehe. Pastu dah tak larat dah la. Terus tido & around 4am terjaga sebab nak terkucil. After that merasa pulak muntah angin & kuning. Kemain awal lagi dia datang. Kes perut kosong pasal dah muntah lepas dinner. Bangun tido 6.30am lagi 1 round. Terbaek. Haha.

Pastu rasa tak boleh jadi gini. I have to eat something sebagai alas perut. Turun bawah nampak nasi lebih terus buat nasi goreng. Makan suku & selebihnya bekalkan utk Naurah ke taska. Dah fobia balik nak makan dengan banyak macam masa dinner. Tak sanggup ah nak hadap toilet bowl lagi kat opis. Namo namo...

Sebelum lunch hour kompem akan lapor lagi ni. Epal last ada dalam beg. Esok takde epal dah. Kena beli lagi la kat kedai cino sane. Buah-buahan adalah penyelamat sewaktu rasa lapar tak mengira waktu. Bagus utk kesihatan pun sama. Selain tu ada sebekas biskut kering buat cicah milo O di waktu-waktu kritikal. Memang kena sediakan bekalan kalau taknak keadaan diri makin teruk.

Ada pasang surutnya keadaan aku di trimester yang pertama ni. Tak boleh dijangka. Hari ni maybe ade lemau sikitlah. Bertahan ajelah. Harap bos tak saje cari pasal dgn aku. Sometimes nampak dia mcm tak puas hati aje bile tgk aku macam tak sihat. Pastu saje suruh buat itu ini macam taknak bagi peluang lansung aku nak berehat dalam keadaan mcm ni. Macam dengki pun ada.

Memang dah masak sangat dengan perangai dia ni. Redha ajelah. Dia takde kat tempat kita. Nanti bila Allah uji dia dgn masalah kesihatan, baru dia faham apa yg kita lalui. Harapnya lah. Setakat faham tapi tak considerate pon tak guna jugak kot huhuhu...inilah situasi yg aku sedang alami.....
 
Nak pregnant selalu pun kena fikir banyak kali kalau fikir tentang hal kat opis neh. Bukan best bila berada dlm situasi mcm aku skrg ni. Serba salah & serba tak kena dibuatnya. The thing is bukan kita mintak nak jadi tak sihat yg kadangkala terpaksa ambil MC sbb tak larat. But not many people can understand what we are going through. Cannot or don't want to. Tak tahulah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat