Teladani Kisah Arwah Siti Hajar

Sebak membaca tulisan drp ibu arwah Siti Hajar. Ya Allah, betapa cekalnya hati seorang ibu melepaskan anak yg dipinjamkan oleh Allah kepadanya selama 20 tahun. Tidak hairanlah sahsiah arwah juga sangat indah dilihat. Keyakinannya pd Allah tidak berbelah bahagi walau diuji dgn pelbagai bentuk kesakitan. Pada umur yg semuda itu arwah sangat tabah menghadapi ujianNya. Aku rasa malu bila membacanya T__T

Benarlah bahawa tahap keimanan kita pd Allah tidak boleh diukur dari segala sudut pun. Tua, muda, lelaki perempuan bukanlah penentunya.

Aku bukan seorang yg mudah sebak & mengalirkan air mata. Tetapi membaca nukilan ibu Siti Hajar, ianya sangat menusuk ke kalbu. Ianya disampaikan dengan penuh perasaan & sarat dgn emosi

Apalah sangat nak dibandingkan keadaan kesihatan aku skrg bila dibandingkan dengan kesakitan yg di rasai oleh arwah sebelum dirinya di jemput Allah. Aku mohon keampunan drpMu ya Allah. Sekiranya kesakitan ini merupakan kifarah kepada dosa yg aku lakukan kepadaMu, aku redha. Selama mana pun ianya berlanjutan untukku, aku redha. Aku mohon kekuatan drpMu ya Allah.

Saban hari ramai yg mempertikaikan batuk yg sudah berlanjutan hampir 2 bulan ini. Sesungguhnya aku sudah tiada jawapan utknya. Aku hanya mampu tersenyum & mengatakan ianya ujian drp Allah. Aku tak salahkan orang yg bertanya. Mereka cuma prihatin dgn keadaan aku. Itu saja. And I'm grateful for that. It just that aku sentiasa memujuk hati utk tidak terlalu berfikir tentangnya. Ianya perkara biasa & aku sedang sihat spt biasa. Lagi banyak kita berfikir tentangnya, lagi tertekan kita akan rasa. I just want to let it go. Ini bahagian yg Allah sudah tetapkan utk aku buat masa ni.

Bila aku rasa susah, aku teringat ttg kisah arwah. Aku nak jadi macam dia yg meletakkan kebergantungan sepenuhnya pd Allah. Ini krn sakit mahupun sihat datangnya drp Dia. Bila Dia kata sembuh, maka sembuhlah. Tidak kiralah walau teruk manapun doctor diagnosed keadaan kita, doctor terbaik tentunya Allah. Dia yg lebih mengetahui semuanya.

Nukilan drp rakan-rakan arwah juga sangat terkesan. Mereka muda mudi yg berilmu & sesungguhnya aku cemburu krn dlm usia yg muda, mereka melihat perspektif kehidupan drp sudut yg lebih luas. Segalanya dikaitkan dgn keyakinan kpd ketentuan Allah. Alangkah beruntungnya ibu bapa yg mempunyai anak yg tebal imannya.

Kita selalu berharap utk mempunyai anak yg beriman, yg soleh & solehah kepada Allah setelah dia besar. Tapi adakah kita lihat pd diri kita samada telah soleh/solehah ataupun tidak?





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat