Terima Kasih Kawan

Alhamdulillah lega sangat rasanya bila dapat meluahkan apa yg terbuku di hati bersama geng twitter. Walau ada yg nampak seperti takkan boleh faham, most of them are very supportive. Banyak tips & petua yang aku dapat & some of them give me another solution to the problem. Kadang kita cuma dapat tengok drp 1 sudut aje, sudut yg lain kita dah missed out. So ada baiknya kita buang rasa malu & dengar pendapat orang lain pulak. Ianya sangat membantu. Terima kasih semua =)

Tanpa berlengah after mandi terus ajak habi ke Giant beli pad yang khas utk tampung air kench jenama Poise yg disarankan oleh Aisha. Katanya Poise ni InsyaAllah mmg takkan tembus & bau kench dpt dielakkan. Sblm ni aku cuma jumpa yg kecil like a panty liner. Tak tawu pulak ada yg besar & panjang. Kata Aisha boleh dapat kt pasaraya besar aje selalunya. Padan ler. So settle dah beli Poise & rasa lebih berkeyakinan hari ni datang ke opis.

Selalunya dah petang-petang paling segan sekali nak dekat dengan orang pasal rasa dah lencun dgn air kench sendiri. Batuk pun paling menjadi pd waktu petang & malam. Waktu pagi membawa ke tengahari memang kurang. Tak tawulah atas faktor apa keadaan ni terjadi. Wallahualam.

Selain drp tu utk mengatasi masalah kurang minum air, aku beli sebotol besar Ribena with glucosa sbg penyedap air. Asal air tu ada rasa sikit aku rasa boleh dah telan drp kosong tawar hebeh mcm tu. Sbnrnya kes aku kurang minum air ni pun bersangkut paut dgn masalah kench bila batuk ni jugak. Bila kurang minum air, kita expect kita akan kurang la ada air kench kan? So bila batuk air kench takdelah meluncur laju aje keluar. Tapi dia akan trigger masalah kench kotor pulak. Masalah ini memang memeningkan kepala.

Semalam jugak beli 1 sandal baru yg tebal. Kat Giant aje pun. So rini pakai sandal baru yg lebih selesa utk menampung berat badan yg berlebihan. Then beli limau mandarin utk CNY tu sekotak sbg kudapan di waktu senggang. Juga segugus anggur merah. Nak beli buah lain macam mahal kebenau. So postponed la dulu for apple & other fruits.

Start drp membeli belah kat Giant sampailah makan char kuey teow kat MMA Santai Corner, bahagian rahim rasa sangat tegang. Macam cramp. Datangnya mcm contraction tp dlm masa yg sgt dekat. Mula-mula tu dapat ajelah buat tak tahu & teruskan bershopping. But lama kelamaan tak tertahan juga rasanya. Tp kuat la sampai dpt habis makan. Sampai rumah aje terus naik atas, salin baju & baring atas tilam. Bila dapat berbaring tu ya Allah.....nikmatnya rasa. Rasa sakit pun macam dan-dan hilang. Pelik. Mmg risau sangat anything happen to the little dot masa sakit tu.

I keep checking the panty to see if there is any bleeding. Alhamdulillah tak ada. Lega. Habi pun merisau tgk aku bermuka pucat tak bermaya. Dgn Naurah yg asyik buat peel sebab demam. Memang semuanya menguji kesabaran semua orang. Haywire sana sini.

Bila dapat berbaring, tak sedar aku terus terlelap. Memang tak sedar ape dah. Seb baek Naurah tak kacau & sibuk la buat onar menyepah ke bilik. Habi pulak sibuk kat dapur kemas segala groceries yg beli tadi. Bila dia naik pun aku tak perasan. Aku suspek sakit kat rahim tu sebab aku kurang rehat kot. Selalu tiap malam pkl 9pm dah masuk tidur. Semalam aktif sket la balik keje terus mandi, keluar shopping & makan pun lewat drp kebiasaan. Tu yg bila dapat tilam terus pengsan dibuatnya.

Tenaga kita bila mengandung ni maybe dah tak sama mcm masa tak preggy. Terbatas & terhad barangkali. Aku ni pulak jenis takut nak amek sebarang supplement tambahan sms preggy. Maybe bile dah jejak 2nd trimester nti aku akan fikir balik tth supplement neh. Masa tu janin dah kuat sikit. Berani la sikit nak consume apa-apa. Buat masa ni cuma bergantung pd asid folic yg doc bekalkan. Itupun kadang terlupa nak makan. Hampes betul lah.

Aku rasa lebih kuat & bersemangat hari ni dgn segala preparation yg aku dah buat utk mengatasi ujian yg aku hadapi. Ianya seakan memberi satu sinar baru utk terus berjuang dgn penuh ketabahan. Tinggalkan segala keresahan semalam & hadapi hari yg mendatang dengan fikiran yg positif. Moga Allah permudah.

Terima kasih sekali lagi buat rakan-rakan twitter. Intan Hezliyana, Aisha Khalidin, Ardina Abu Bakar, Fadilah Ramlan, As, Aishah & Mas. Terima kasih kerana sudi melayan luahan perasaan orang yg dalam kesusahan & stressed out. Terima kasih kerana memahami bahawa aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai keterbatasan dalam bersabar. I am all okay now because of you guys. Thank you for your love & understanding. Moga Allah membalas jasa kalian pd aku selayaknya.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat