Usaha Awal

Minat manusia berubah-ubah mengikut usia. kot. Ini pendapat aku lah. Sebab banyak benda yang dulu aku minat lama kelamaan jadi tak minat. Aku rasa memang ikut faktor usia. Macam dulu zaman remaja gila benar dengan bola sepak & boybands. Pernah jugak minat baca novel cinta & drama Jepun. Tapi lama-lama minat tu jadi pudar seiring dengan berlalunya masa.

Sekarang manalah nak ikut sangat tentang dunia hiburan ni. Bila AJL the latest berlansung, baru perasan ada a few artis yang memang tak kenal & tak pernah dengar lagunya. Dengar radio pun usually bila dalam kereta pergi & balik kerja. Terhad sangat. Itu pun kalau tak ulang dengar lagu Maher Zain beratus kali. Sebenarnya kadang dengar lagu yg takde bg pengisian rohani tu buat kepala otak jadi serabot. Hati kurang tenang. Lebih baik layan lagu yg berunsur ketuhanan. Rasa lapang aje dada & sejuk hati mendengarnya.

Zaman hiburan maybe dah berlalu dalam hidup aku. Setakat tahu serba sikit sudahlah.

Drama Korea pun zaman menggila nya sudah berlalu. Sekejap aje kot menggila masa Lee Min Ho berlakon drama Faith. Lama kelamaan dah tak tau nak surf apa kat youtube. Dah bosan tgk video yg sama berulang kali. Maka aku mencari sesuatu keminatan yg baru. Akhirnya berjumpa dengan pelbagai petikan ceramah drp Ustaz Azhar Idrus. Dapat ilmu sambil terhibur dengan celoteh UAI. Seronok!

Aku rasa minat pd hal-hal duniawi ni takkan kekal lama kot. Akhirnya kita akan berbalik kepada fitrah seorang muslim yang sentiasa dahagakan ilmu kerohanian. Ilmu rohani bila tak diisi kita akan rasa kosong. Jiwa tak tenteram. Serabut dan sebagainya.

Maybe sesuai dengan keadaan diri yang sedang mengandung, ada baiknya kalau aku lebih tumpukan pd pengisian rohani diri. Mudah-mudahan anak yg lahir kelak terdidik jiwanya utk cintakan Islam. Dapat hantar masuk sekolah tahfiz, menjadi penyambung pahala buat aku & habi kat dalam kubur kelak.

Aku sudah mencubanya pd Naurah. Aku sangat berpuas hati dengan sahsiah & peribadi Naurah skrg. Aku berfikir kalau masih mahukan anak yang mudah dijaga, bijak & tidak nakal, teruskan usaha dgn selalu membaca al Quran sewaktu mengandung & isi dada dgn ilmu agama. InsyaAllah anak yg lahir nanti akan elok perangainya. Maybe sbb dah terdidik dgn ilmu rohani sejak dlm kandungan. Wallahualam.

Buat masa ni aku masih blm kuat utk mengusahakannya secara rutin. Maybe bila kandungan dah besar sikit aku akan berusaha spt waktu mengandungkan Naurah dulu. Peluang ni bukan datang byk kali. Cuma waktu mengandung ni saja usaha ni boleh dilakukan dgn bersungguh-sungguh. Sok dia dah lahir lain pulak ceritanya. Lain pulak cara didiknya.

Mendidik drp dlm kandungan adalah hak eksklusif seorang ibu utk anaknya. Semuanya bergantung pd diri kita. Pada aku ianya satu point yg agak kritikal. Usaha drp baby dlm kandungan byk menentukan sahsiah diri anak bila dia membesar kelak. Ianya tidak boleh dipandang remeh.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat