2 Permata Berharga

Lately aku dah start bercerita dengan Naurah tentang baby yang ada dalam perut aku ni. Untungnya bila pregnant kali kedua dgn jarak masa 2-3 tahun ni ialah anak pertama kita dah bijak & byk dah boleh faham apa yg kita katakan pd dia. Maksud aku pemahaman biasa budak dlm usia dia ajelah. Idokler mcm kite paham proses kejadian baby tu semua..mihhmihhh....agak-agak la khennn...

Selalu jugak Naurah bertanya " dalam perut mama ade baby eyh? "

Owh yes. Naurah skrg panggil aku Mama lebih byk drp dia panggil aku Ibu. Now its like 80% Mama & only 20% Ibu. Apekahhhh??????

Ok sambung cerita balik. Hahaha. Then after Naurah tanya mcm tu, dia pegang perut aku & kiss it for a few times. Ahh..so sweet of you my daughter. Damai aje hati tengok penerimaan dia mcm tu =) Tapi lawak pulak bila dia tanya lagi " perut ayah ada baby tak? perut kakak? (merujuk pd diri dia lah) ". Memang aku bantai gelak ajelah bila dia tanya mcm tu. Pastu Naurah siap naik-naikkan perut dia spy nampak cam boncet like a pregnant lady. Err..atau sebetulnya tiru perut Ibu dia yg sedia ada boncet ni..kihkihhh...

Pastu dia punye concern kat aku mmg tak payah cakap la. Selalu aje tanya " ibu tak sihat eyh ". Then datang, give me a hugs & kiss my cheek. Kadang siap usap rambut sambil cakap "alalalala....kesiannya ibu..takpe..kakak ade yer! "

Ya Allah...Tuhan ajelah tahu betapa bersyukurnya aku mendapat anak yg sepertinya. Siryes aku tak expect dalam usia dia menghampiri 3 tahun dia berjaya membahagiakan hati aku sebegitu.

Habi as usual selalu memenuhi permintaan aku utk tolong urutkan kepala with vicks if migraine datang. Bila badan banyak angin, dia akan tolong urutkan belakang badan sampai dia berjangkit dpt angin drp aku.

Cukuplah 2 orang ni saja yang memahami keadaan aku skrg. Syukurnya sudah tidak terhingga kpd mereka krn menyayangi & mengambil berat tentang diri aku seadanya. Nanti bila aku dah semakin sihat, aku akan balas balik kasih sayang yg diorang berikan ni selayaknya. InsyaAllah.

Aku bertabah & bersabar dgn adanya sokongan drp 2 orang yg tersayang ni. Aku akan cuba utk kuat demi diorang. Maaf diatas banyak kekurangan di rumah skrg ni yer. I will try my best for everyone.

I love both of you so much. Always remember that okay!!





Popular Posts