Kesiannya Anak Gajah

Dah beberapa hari aku rasa terkesan sgt kat hati bila tengok gambar anak gajah berusia 3 bulan yg cuba menggerakkan ibunya yg dah mati akibat keracunan kat Sabah. Memang sebak sangat & boleh nampak air muka anak gajah tu sedih yg teramat T___T

Sedangkan haiwan pun sayang sangat pd ibunya kan? Ini manusia tergamak buang anak yg lahir drp rahim diorang sendiri. Anak yg lahir tu memang tak berdosa apa-apa kot. Kenapa tergamak nak di buang dlm tong sampah atau dihanyut ke sungai? Kalau betul mmg dah taknak, bagilah anak tu hidup-hidup letak kat tempat yg orang ramai senang access. Skrg pon gomen dah sediakan hatch khas utk bayi yg orang dah taknak kan? Takde alasan kot nak membunuh 1 nyawa yg Allah dah kurniakan.

Sebab skrg ni aku dah kurang sgt masuk laman sosial, so aku carilah bahan bacaan utk isi masa lapang kat opis neh. Bila baca paper online, byknya berita yang menyayat hati. Manusia makin kejam & ada di serata tempat. Aku jadi susah hati pulak bila baca paper ni. Tu psl sblm ni aku mmg tak suka baca paper. Macam terbebannya otak baca ttg kekejaman manusia zaman skrg ni. Serabut otak dibuatnya.

Dlm buku Prof. Aidh Abdullah Qarni, seorang ulama' tersohor kat Arab Saudi, dia memang tak menggalakkan kita membaca paper. Now aku faham apa yg dia maksudkan. Bukanlah bermakna kita lansung taknak ambil tahu ttg keadaan semasa, tp orang mcm aku ni cthnya mmg cepat terkesan bila baca berita ttg hal dunia masa kini. Its too much for me to digest all the cruelty in this world. Hati aku rasa sakit bila membacanya. Perit pedih & seumpamanya.

Ada orang mmg baca paper pastu boleh lupa camtu aje kot. Tp aku bukan mcm tu. Aku akan sentiasa teringat-ingat & bersusah hati. Susah hati dgn keadaan dunia skrg. Tak boleh nak control perasaan ni. Ianya sangat menyakitkan. Tp tuelah kadang degil jugak aku ni. Dah tak tawu nk surf aku dok bukak la jugak harian metro -.-" sendiri carik nahas!

Rasanya baca artikel ttg pengisian rohani lagi bagus kot. At least hati tenang & manelah tawu dpt kesedaran juga keinsafan diri. Aku teringat ttg kisah seorang lelaki yg suka sgt pergi dengar ceramah ilmu. Pastu orang pertikai perangai dia yg mcm tak bagus sangat kot. Macam ape dapat pergi dgr ceramah agama tp perangai tak molek-molek jugak?

Then ada seorang ustaz ke ape menjawab, at least orang tu dpt pahala dgr majlis ilmu. Mana tahu 1 hari nanti hati dia Allah bukakan utk jd manusia yg lbh baik kan? Sama jugak kekdahnya dgn orang yg solat 5 kali sehari tanpa mengetahui maknanya & membaca al Quran tanpa tahu maknanya. Ianya bukan sst yg sia-sia krn effort itu tetap ada. 1 hari nti mesti Allah akan bukakan jalan utk kita jd lebih baik. Tiba2 terbukak hati nak faham makna bacaan dlm solat & baca terjemahan al Quran. Rahmat Allah itu sememangnya sgt luas.

Senang kata walau kita ni takdelah baik mana, tp kita jgnlah putus asa utk mendekatkan diri dgn Allah. Kita kena terus mencari jalan utk sampai kepadaNya. InsyaAllah 1 hari nnti mesti ada kebaikan yg kita dpt drp pencarian kita itu. Wallahualam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat