Mencari Dia

Hishh..ape punye peel la pagi ni. Makan kueyteow goreng dok asing sayur sawi. Tetibe rasa pahit pulak tekak makan sawi. Padahal sblm ni dok mencari-cari sawi di sebalik mee. Hari ni dapat byk sawi tp tekak tak mau terima. Sabokan ajelah -.-"

Malam td sampai termimpi-mimpi dibuatnya tentang hal bersalin. Tuelah smlm ptg selok dok ingat balik pengalaman melahirkan Naurah dulu. Dan-dan malamnya terus masuk mimpi kihkihh. Tp mimpinya best sebab impian aku taknak kena gunting kat bawah sana termakbul. Takde stitches lansung hokeyh! Terus dapat gerak bebas mcm biasa tak macam orang berpantang. Baru hari ke-4 dah duduk bersila. Hebat betul aku dlm mimpi tu kohfs ^^

Pagi tadi entah kenapa around 3.30am aku terjaga. Selak langsir bilik tengok kat luar pohon semuanya sedang melambai-lambai. Kuat sungguh angin yang bertiup. Dari malam membawak ke pagi. Sampai siaran astro pon tergugat sama huhhh! So lame -.-"

Entah kenapa hati aku rasa sayu sangat pagi tadi. Tengok habi & Naurah sedang tido dengan lena, aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg aku ada. Aku kuatkan semangat utk bangun & berteleku mengingati-Nya. Ahh...sudah terlalu lama aku tinggalkan rutin yg aku pernah lakukan setiap malam 1 ketika dahulu. Ampunkan aku ya Allah. Terima kasih kerana membangunkan aku di sepertiga malam Mu. Terima kasih juga kerana kurniakan kesihatan pd ketika itu. Jika sblm ini alasannya adalah krn rasa kurang sihat, pagi tadi tak ada alasan yg dpt aku berikan.

Perasaan itu masih lagi indah. Ia dapat menghuraikan 1001 kekusutan yang bersarang dalam hati. Aku sangat sedih apabila teringat pd 1 ayat di dalam kitabNya.

" Apabila orang bertanya dimanakah Aku? Jawabnya Aku adalah dekat & Aku mengabulkan doa orang yang meminta kepadaKu "

Ya. Allah memang selalu ada dekat dengan kita. Malah dikatakan lebih dekat drp urat nadi leher kita sendiri. Cuma kita manusia yg selalu melupakan Dia.

Kemudian aku teringat lagi ayat daripada kitabNya.

" Adakah orang yang meminta kepadaKu pd waktu ini? "

Dikatakan Allah turun ke langit dunia di 1/3 malam utk mengabulkan doa orang yang meminta kepadaNya. Sungguh jelas & nyata sekali Dia mengingatkan kita tentang sifatNya yg Maha Pemurah & Penyayang. Tapi dimanakah kita pd waktu itu? Sibuk tido krohh krohhhh tak hengat ape -.-"

Kekuatan utk bangun pd sepertiga malam datangnya drp iman. Ianya bukan sst yg mudah utk orang spt aku. Aku pernah terdengar atau terbaca bahawa apb kita terjaga pd sepertiga malam, ianya merupakan gerakan atau kejutan drp malaikat Allah. Sejujurnya aku memang tak pernah dpt tidur lena sejak disahkan mengandung utk kali kedua. Aku memang kerap terjaga di dinihari & berasa mata sudah cukup tidur. Maybe sbb waktu tidur aku dah lebih awal drp kebiasaannya. Wallahualam.

Mungkin juga tak lama lagi 1 roh akan ditiupkan dalam diri aku. Sebab tu aku dpt rasa perubahan dalam diri terutamanya drp segi emosi. Walau apa pun sebabnya, aku mohon pd Allah moga Dia sentiasa berikan aku kekuatan utk bangun mengingatiNya di sepertiga malam.

Aku adalah manusia yang sentiasa mencari diriMu ya Allah. Kau permudahkanlah untukku.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat