Apabila Nikmat Di Tarik

Pregnant kali ni baru aku tau erti hilang selera makan. In fact skrg pun aku masih alami masalah yg sama. A few days in a week mesti akan terjadi punya. Masih tak tawu ape kehendak perut yg sebenarnya. Sometimes rasa mcm dah makan elok dah on time. Tp masalah lain pulak. Tak cukup kot. Hehehe. Dah tak berapa nak selera ye tak? So kita pun makan ala kadar jelah kunun utk lapik perut. Rupanya kalau tak cukup pun dia tetap akan meragam. Sabarkan ajelah ^^

Seksa sangat rupanya bila kita takde selera nak menelan tapi kena paksa diri sebab taknak kesihatan kita jadi lagi teruk. Kadang rasa nak menangis sambil mengunyah makanan. Sampai macam tu sekali yer. Habi pon sampai pot pet bile aku taknak makan. Sbbnya nnti aku akan lebih menyusahkan dia pun satu hal jugak. Suruh urut badan la..sapu minyak la sbb migrain. Ahh..if only u feel how I feel habi. Eyh...habi tak pernah merungut pun tentang ni. Jangan salah faham pulak. He's the best husband I can ever dream of. Aku rasa dia pun dah tawu kalau aku preggy mmg teruk sikitlah dia kena buli. Kihkihhh =P

Bab ni kena give and take lah yer. Aku merasa la pelbagai alahan & penyakit ni semua. Dia pulak kena take over most of the house chores kat rumah. Owh...of kos aku rasa kasihan & bersalah pd dia tentang ni. Sbbnya lately kerja opis dia makin menimbun. Dah penat kat opis, kena buat kerja rumah lagi balik nanti kan? Bini sedap aje tergolek dok atas toto depan tv teman anak tgk kartun dgn alasan " i'm not well ". Stress kot. Ngeh ngehhh.

At times bila rasa sihat of kos aku akan buat kerja rumah mcm biasa (except lipat baju sbb masih hibernate ttg ini @_@). Especially bab memasak sbb kdg tak lalu sgt dah nak telan foods from kedai. Muak.

Banyak nikmat dr Allah yg bila ditarik drp kita, then baru kita akan lebih menghargainya. Salah satunya selera makan inilah. Tp dlm keadaan aku yg mmg dah overweight sejak dpt tau conceived, maybe mmg ada baiknya nikmat ini ditarik sebentar. At least aku tak makan yg merepek merapu sbb nak kena kawal tekanan darah tinggi yg menggila ni. Aku pasti Allah dah buat perancangan yg terbaik utk aku dalam hal ni. Never bersangka buruk pd Dia!

After bersalin nanti, I really need to loose my weight. Kali ni takde excuse dah. Sbb ini melibatkan nyawa! Aku rasa punca utama aku ada masalah high BP selain drp faktor keturunan yg dh mmg in my blood ialah aku kurang aktif. Senang kata kurang aktiviti berjalan, berlari, memanjat, berguling whatsoever. Basikal senaman dah ada pun malas gila nak guna. Guane?

So I really need to change my lifestyle lah. Cari produk yg membantu utk kurangkan lemak dibadan lepas bersalin & ikut regime dgn strict. Kena jadi sihat semula utk orang-orang yg tersayang. InsyaAllah. 

Teringat kata-kata Dr. Fatimah hari tu. Menjaga kesihatan tubuh badan juga merupakan satu perkara yg dituntut dalam Islam. Allah akan persoal kita di akhirat sok kenapa biar badan yg Dia pinjamkan ni sakit. Owhh...ianya sangat terkesan pd diri penulis. Insaf.

Sesungguhnya aku mmg jenis manusia yg dah terhantuk baru nak terngadah. I admit that. On the positive side, at least aku terngadah la jugak kan? Ade orang sampai sudah tak terngadah-ngadah @_@. Ujian yang datang tak membawa apa-apa makna pd dirinya. Senang kata tak ambil pengajaran. Tak berguna juga. Nak mengaku kelemahan diri sendiri bukannya senang.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat