Bertukar Syarikat Insurans

Sejak dah tau gender baby ni asyik la mengoogle nama anak lelaki. Akan ada 2 suku kata juga macam Naurah. Yang belakang mmg dah confirm. Cuma nak cari yg depan ni aje. So kena pick a few names utk dibentangkan pd habi mana yg dia lebih berkenanan. Nama belakang tu jangan di usik dah. Meroyan mak nanti ekekeke ^^ Whatever it is aku tetap standby 1 nama utk anak perempuan. In case Allah nak tunjukkan bukti kebesaranNya pd kami. KepadaMu kami berserah.

Approaching 5 months of pregnancy, I can say that alahan & mabuk semakin berkurangan. Terima kasih Allah. It just like masa Naurah dulu. Tak berbeza bab yang ini. Tekak pon dah tak demand nak minuman yg manis aje. Dah boleh togok air masak macam biasa. Takde rasa nak muntah or payau lagi. Selera makan semakin membaik & ada yg tegur aku dah nampak lebih ceria & cergas. 

Of kos at times kepeningan & migrain datang berkunjung. Perut juga ada kalanya tak boleh menerima certain foods for the reason that I don't have a clue why. Redha sajalah.

Tiap malam aku amalkan makan 2 biji Omega Guard & 2 biji Ostematrix as a supplements. So far so good. Sakit pinggang dah berkurangan. Kejang kat betis pun tak berulang kembali. Tiap malam jugaklah anak bertuah tu suapkan ibunya ni makan semua pil tu sebiji-sebiji dalam mulut. Kalau mak yong ni terlupa, tak perlu risau lagi sebab ada nurse kecil akan ingatkan ^^ Sayang sungguh si kakak pd ibu & adik baby nya.

And yes, aku dah contact my friend masa kat matrikulasi dulu utk insurans adik baby. Since dia tinggal tak jauh drp kami cuma di Seremban, aku harap senang dia nak uruskan apa-apa when something happen to us. Knowing him for a very long time, InsyaAllah he's the best insurance agent for us. Hebat tau kawan aku ni. Sebelum ni dia dah ada kerja yg stable kat Maybank. After a few years, dia built connections with his customers & berhenti kerja. Now jd ejen insurans sepenuh masa & dpt anugerah sbb buat byk sale. Rasanya tak sampai setahun kot. Dia baru je balik drp trip to German hadiah drp syarikat insurans yg dia wakili. Best gila tgk gambar dia main snow kat sana. Jelesssss

Dia ni memang jenis dedikasi orangnya. Rajin berusaha & ada matlamat yg jelas dlm hidup. Even masa belajar dulu aku selalu bergaduh dgn dia, tp bab personaliti dia memang aku kagumi. Aku dgn dia ni dulu mcm anjing dgn kucing. Pantang jumpe mesti nak bergaduh. Ade aje benda yg tak sependapat. Hahaha. Tapi pergaduhan tu lah yg merapatkan kami sbnrnya. Now masing-masing dah berkeluarga & akhirnya ada peluang utk kami bertemu kembali. Kami sama-sama excited =)

Sebelum ni dia ada call aku pasal hal insurans ni even we did chat once in a while at fb. Dah 10 years+ tak berjumpa & bila bercakap dalam phone masih lagi kami nak bergaduh. Kelakar sungguh. Dia kata aku ni tak berubah drp dulu. Well...aku pun rasa dia tak berubah jugak sbnrnya. Tu pasal masih lagi tak sebulu. Hehehe. Memang menarik persahabatan kami ni yerp. Tak sabar nak kenalkan habi dgn kawan gaduh ni ^^

Selain nak buat insurans utk adik baby, aku & habi juga mencari peluang utk bertukar drp syarikat insurans konvensional skrg kepada yang Islamik. Masa kami ambil insurans skrg ni a few years back, tak meluas lagi insurans yg Islamik neh. So kami ambil apa yg ada depan mata aje. Itu pun diperkenalkan atas kawan. Now dah ada kesedaran yg lebih ttg halal & haram. Serba salah dibuatnya. Nak pilih duit di dunia atau pahala utk akhirat. Mencari yg halal itu kan wajib. Ianya bukan satu keputusan yg mudah.

Allah memang selalu tunjukkan aku jalan untuk menjadi manusia yg lebih baik di sisiNya. Persoalannya samada aku nak ikut jalan yg Dia dah tunjukkan atau buat-buat tak nampak aje jalannya. Its all about choices. Furthermore as a wife, its not easy to convince the husband about all this religious things. It takes times. Tapi aku tak pernah berputus asa untuk sama-sama mengajak habi menjadi manusia yg lebih baik di sisiNya. Alhamdulillah akhirnya Allah permudahkan bagi kami jalannya & hati habi pun mula menerima.

Nikmat Allah yang manakah mahu kami dustakan?

This is just our first step. Bertukar atau tidak masih belum ada keputusan yg jitu. Kami perlukan penerangan yang lebih jelas since tak banyak yg kami tahu tentang dunia insurans. Aku harap perjumpaan pd hari Ahad ni nanti berjalan dengan lancar & mencapai kata sepakat yg terbaik utk semua orang. InsyaAllah.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat