Its A......

Good morning all. I'm sorry for the long hiatus. Rasanya semua dah tau kenapa. Aku dapat mc sampai semalam & balik kampung last weekend. Memang tak kuasa la nak ngadap blog kalau gitu. Sibuk dengan life sendiri aje.

Alhamdulillah penukaran ubat & kenaikan dose memberi kesan yg lebih baik pd penulis. I'm feeling much more better now. And then pinjam bp monitor from my parents utk track bp sendiri. Doc pon bagi chart utk isi to check every 4 hours selang sehari. 3 weeks after this dia nak tengok the chart when we meet again.

Owh yes...yesterday ada check up utk kesekian kalinya. Doc happy tgk my bp dah normal. Aku apetah lagi ^^ At the mean time aku consumed 10mg Adalat twice a day.

Then my 2nd scan with doc pun berlansung. Adik baby sangat baik sedang bersujud sewaktu scanning process. Once again we heard the heartbeats & syukur its beating normally. Doc godeh-godeh perut pun adik baby mcm syok tidur bersujud gitu. Tak pusing lansung. Doc amek ukur lilit baby & semuanya looks normal & ikut perkembangan pembesarannya. Doc kata orang yg ada masalah bp cam aku ni ditakuti baby kecil sebab tak dapat pengaliran darah or zat secukupnya. Buat masa skrg ni semuanya nmpk normal. Doc happy & of kos we are all happy as well =)

Gender?

Yes. The gender can be seen already. Even adik baby tgh bersujud, doc pakar yg dah beribu kali buat scanning takde masalah kot nak pusing scanner tu guane. Laju aje doc ckp ' its a boy '. Ya Allah...tersenyum sumbing rasanya aku masa tu. Hahaha. Sbnrnya mmg itulah yg aku nampak masa 1st scan tp doc ckp tak nampak lagi. Maybe sbb aku ni ibu dia. So ada kelebihan nampak lebih awal drp doc pakar. Kemain. Kohfs. Kebetulan je sama apa yg aku nampak. Kalau tak sama mesti dah termalu skrg =P

So InsyaAllah dapat lah anak sepasang. Terima kasih Allah sebab beri kegembiraan sekali lagi buat kami. Banyaknya nikmat Allah yg diberikan pd aku. Memang rasa terharu sangat bila fikir tentang ni. Banyak dah yang Dia makbulkan keinginan aku. Aku kena kerja lebih keras utk membalas segalanya.

Sejujurnya aku rasa takut lah juga nak handle anak lelaki. Then terbayang tak boleh nak kawal anak yg aktif. Maklumlah si kakak Naurah tu sangatlah behave budaknya. Kang tetibe dpt yg aktif kemain jd ibu rasaksa pulak aku. Huhuhu. So since dah tau gender baby, now boleh la baca surah Luqman & Yusuf selalu. Aku berharap sangat even baby ni lelaki, aku masih boleh didik dia jadi budak yg behave spt kakaknya. At least lah. Ahh..besar harapan utk anak lelaki ni supaya jd anak yg soleh. Penghafaz al Quran ke. Sejuk perut ibu mengandung ^^

Harap adik baby jd anak lelaki yg tenang & senang dijaga bila terdidik dgn ayat al Quran sejak dlm perut ibu ni lagi. Ini ajelah usaha yg aku dpt buat utk waktu ni. Moga Allah permudah.




Popular Posts