Mahu Kemana?

Minggu depan dah pun masuk bulan 4. Bulan selepasnya adalah bulan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. As usual kami memang plan utk bercuti at least for 3 days 2 nights utk meraikannya. Tahun pertama kami ke Port Dickson, N9. Masa tu Naurah kecik lagi baru bbrp bulan. So tak berani la nak travel jauh-jauh sangat. Pengalaman pertama duduk kat water chalet & tangkap ketam guna jaring. Dapat jugak a few ketam & selamat dimasak bila sampai ke rumah. What a nice experience =)

Tahun kedua Naurah dah besar sikit. So berani la kali ni kita naik flight menuju ke Kuching, Sarawak. Best petang-petang dapat jalan di Waterfront, naik bot menyeberang sungai, beli bermacam jenis kek lapis, makan mee kolok & beli tikar yg femes kat sana. Tikar tu skrg jadi tikar alas buat solat dibentang sejadah. Sangat kenangan. Harap umurnya tahan sampai kami dah pencen sok. Hehehe.

Tahun ketiga pula masih lagi ke negeri di Borneo iaitu di negeri bawah bayu, Sabah. Sabah memang terkenal dengan seafood nya. Bila dah rasa sendiri memang diakui kebenarannya. Semua tempat kami pergi makan seafood memang fresh & masakannya sedap belaka. Memang kekal diingatan sampai skrg. Price pun sangat reasonable. And then pemandangan yg maha cantik di Kundasang pun masih terbayang. Cuaca yg berkabus & sejuk. Memang sangat nyaman. Kalau semata nak datang kesana utk makan seafood boleh tak habi? ^^


Akhirnya sampai pula kami ke tahun keempat. Sadly masih takde keputusan jitu mahu bercuti kemana. Mungkin inilah satu-satunya percutian kami sekeluarga utk tahun ini dgn keadaan aku yg skrg ni. Plan nak ke Cameron Highland tempat kami honeymoon dulu spt tak kesampaian. Ianya mengambil masa yg terlalu lama bagi mak yong spt aku. Bulan 5 bermakna kandungan dah masuk 6 bulan+. Sedangkan skrg balik ke Johor yg 3 jam lebih pun dah rasa tak larat. Inikan pulak masa 6 bulan nanti kan? Tu pasal la sampai skrg tak berani nak book bilik for hotel. Masih memikir mikir.

Habi kata cuti tetap cuti. Tapinya dia pun rasa better pergi tempat yg dekat-dekat ajelah. Ok then. Tapi aku taknak la dekat sangat like dalam negeri Selangor or KL yer. Hehehe. Masih lagi nak demand mak yong neh. Am thinking of Melaka. Memang dekat sesangat. Hahaha. Sbnrnya aku pun dah bertahun-tahun tak explore bandar Melaka. Nak pergi sesaja on weekends mmg asyik terbayang jem kat tengah bandar nun. Tak kuasa lah! kata habi. 

So maybe ini adalah peluang terbaik utk jalan-jalan kat sana pulak. Dapat makan asam pedas kegemaran aku alangkah nikmatnya. Kecur air liur bila terbayang. Hahaha. Jom kite survey hotel best-best kat sana! ^^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat