Rezeki Tak Baik Di Komplen

Ramai yg dah tawu ttg aku memang suka makan. Tapi makanan yg sedap aje taw! Hahaha. Kalau tak sedap mulut aku mmg senang sangat nak komplen itu ini. Tetibe aku teringat ada 1 kisah masa preggy kan Naurah dulu. At that time dlm 6-7 bln preggy gitulah. Taman kami buat jamuan sempena hari Raya Puasa. Malamnya aku & habi pun jenguklah majlisnya. Byk jgk la makanan yg ada. Then aku pun amek mee goreng kot. Tak kena betul rasanya mee tu kat tekak aku.

So aku being the cerewet one ttg makanan sedap & tak sedap, terus je ckp kat habi. Tak sedap bla bla bla. Dah la makan free, lagi mau komplen banyak meh? Habi diamkan ajelah sabar mendengar bebelan si bini. Then aku pun bangun drp kerusi lepas habis makan sbb nak buang bekas etc. Setapak melangkah tetibe 'debummm' jatuh melutut atas bumi. Permukaan padang yg tak rata telah menyebabkan jatuhnya seorang rasaksa. Hehehehe.

Dgn perut boyot terjatuh gitu. Dah ler orang ramai lalu lalang yg nampak. Maybe they did concerned la sbb I am a pregnant lady kan? Yg kelakarnya aku dgn habi sama-sama tergelak masa tu. Hukum karma. Nampak sangat buat salah mulut cakap tak beringat. Hahaha. Klu nak ikotkan geram jugak kat habi sbb mcm tak concerned je bini preggy terjatuh kan? Dia dok bantai gelak sipot tertahan-tahan pulak kt situ tgk aku. Tp at that time mmg aku tak rasa nak marah pon. Rasa kelakar gila. Hahahaa...

Jatuh tu pon slow motion aje. Sbb tangan aku cam dpt capai kerusi plastik sblm gedebuk jatuh. Tak nampak dangerous pun sbnrnya. Allah masih sayang sikit kat aku masa tu ^^

Start drp kejadian tu aku mmg jaga sangat mulut ni drp suka komplen makanan tak sedap bla bla bla. Insaf la sebab makanan tu pun rezeki drp Allah jugak. Sedap ke tak sedap ke, klu dah itu rezeki kita....syukur ajelah. Klu teringat ttg kisah ni, mesti aku & habi sama-sama tergelak. Kenangan kejadian yg tak berapa best tp suka utk diingati sebab memberi pengajaran utk penambah baikkan diri =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat